Sunday, February 28, 2010

Update 28/02/2010 - Salam Takziah

Dalam hidup ini, setiap hari ada sahaja bayi yang dilahirkan, dan setiap hari juga ada yang pulang menyambut seruan ilahi.

Semalam, saya dikejutkan dengan berita pemergian isteri kepada Ustaz Mokhtar Kassan Darussyifa, yang telahpun pulang ke rahmatullah. Semasa mendapat berita kematian beliau, saya seakan-akan tidak percaya. Baru saja berjumpa, malah makan malam bersama-sama ustaz dan ustazah pada hari selasa lepas. Mungkin ada hikmahnya, saya tetap bergegas kembali ke rumah ustaz walaupun dah jam 10.30 malam pada malam itu. Itulah kali terakhir saya berborak dengan ustazah.

Ustazah seorang yang sangat periang, tidak lekang dengan senyuman, sentiasa bergurau senda, dan peramah. Ustazah antara tempat saya yang saya cerita masalah dan banyak nasihat yang diterima. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga saya, ustazah sebut "Azizan, rajin awak datang. Tiap-tiap minggu ada" sambil senyum. Ustaz & Ustazah jugak couple yang sweets. Kemesraan mereka berdua jelas kelihatan. Banyak yang saya belajar daripada mereka berdua walaupun masih belum berkahwin.

Ustazah juga membantu ustaz didalam rawatan. Rasanya tidak kurang dari berbelas ribu orang beliau bantu tepuk daun nangka, dalam rawatan santau. Dalam seminggu rasanya tidak kurang dari 100 orang yang ditepuk.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan limpah kurniaNya serta menempatkan roh ustazah bersama-sama orang soleh yang lain. Al-Fatihah.

0 comments:

Post a Comment