Saturday, December 26, 2009

Etika

Semasa di Semester 7, saya telah mengambil subject Corporate Ethics sebagai salah satu subjek elektif di Universiti Teknologi Petronas. Alhamdulillah ,secara tak sengaja, saya terjumpa nota-nota lama dan insyaAllah saya cuba ringkaskan, sekadar perkongsian.


Teori Etika

Etika di definasikan sebagai kewajaran sesuatu tindakan dalam situasi-situasi tertentu. Didalam membincangkan etika, terdapat dua kumpulan pemikir yang iaitu Teleological (Consequential) & Deontological (Non-Consequential)

Kumpulan pertama, Teleological menyatakan, kewajaran sesuatu tindakan itu ditentukan sepenuhnya oleh jumlah kebaikan yang dihasilkan, manakala kumpulan kedua, deontological mengatakan kewajaran sesuatu tindakan itu ditentukan kerana lumrah sesuatu tindakan atau undang-undang yang dibuat.


Teori Utilirian


Kumpulan pertama, mengutarakan teori yang dikenali sebagai Teori Utilirian, menyatakan "Adalah menjadi suatu kewajipan didalam apa-apa situasi untuk memaksimumkan kebaikan dan mengurangkan keburukan didalam sesuatu tindakan. Ini bermakna, jika sesuatu tindakan itu memberikan keuntungan kepada lebih ramai, walaupun apa sahaja tindakannya, adalah wajar.

Sekali pandang , teori ini ada kebenarannya. Tetapi, fikirkan situasi dibawah.

Sebagai contoh, negara A memproses bahan kimia A. Bahan sangat diperlukan dan pihak pengurusan sedia maklum bahawa bahan kimia A membawa pencemaran. Untuk mengelakkan negara A dicemari, tidak salah kita memproses bahan kimia A di negara B, walaupun ekosistem di negara B tercemar, janji negara A selamat dan masih boleh memperolehi bahan kimia A.

Jika saya menjadi seorang sarcastic , saya boleh mengambarkan menyatakan "Tidak mengapa jika kita menfitnah orang dan melaga-lagakan orang, asalkan kroni kita selamat memegang kuasa dan periuk nasi kita tidak terjejas."


Teori Kantian

Kumpulan kedua, mengutarakan teori Kantian. Menurut teori ini, kewajaran sesuatu tindakan ialah disebabkan niat yang baik. Ia juga menyatakan sesuatu tindakan itu mestilah konsisten dan logik. dan bebas dari kontra dalaman.

Untuk memahami teori ini, suatu analogi seperti berikut.\

Letakkan diri anda di kasut penerima akibat tindakan anda. Jika tindakan itu membawa kepedihan/kepayahan/kesusahan kepada penerima, maka tindakan anda TIDAK BERETIKA.


Etika didalam organisasi.

Banyak lagi sebenarnya kupasan mengenai teori etika. Bagaimanapun cukuplah dua ini untuk dipaparkan didalam blog ini sebagai pembukaan. Sebenarnya banyak lagi teori-teori etika, tetapi dua teori ini ialah sesuatu yang patut difikir-fikirkan.

Sepertimana kita maklum, didalam sesebuah organisasi, pihak pengurusan terutama ketuanya seperti presiden, pengerusi dan apa sahaja namanya, harus membuat keputusan atau tindakan didalam apa-apa. Orang tidak melihat kenapa dia berbuat demikian , tapi orang akan mempersoalkan kewajaran tindakan tersebut. Wahai pemimpin, adakah anda memikirkan tindakan anda itu mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang anda (kononnya majoriti) ataupun anda memang suka membuat sesuatu untuk menyusahkan orang lain.

Didalam Islam, Islam sangatlah menekan soal akhlak. Tidaklah diutuskan Nabi Muhammad itu antaranya untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Soallah diri anda ketika anda membuat sesuatu keputusan. Beretika kah tindakan anda? Adakah tindakan anda itu dimulakan dengan niat yang baik? Adakah keputusan anda itu mendatangkan kebaikan kepada seluruh ahli dan organisasi anda jangka masa pendek dan panjang ataupun ianya hanya menguntungkan anda dan kroni-kroni anda?


Wallahualam, Allah Yang Maha Mengetahui

1 comment:

  1. huhu... mcm revision balik :P one of my fave subjects... senang nk blaja tp susah nk score~

    ReplyDelete