Tuesday, December 29, 2009

Cerita Terbaru...

Rasanya dah lama tak update cerita..
Maaf kepada pengunjung, tak dapat nak update cerita..



Jabatan Pertahanan Awam

Alhamdulillah, permohonan untuk menjadi sukarelawan Pertahanan Awam diluluskan dan dipanggil untuk latihan asas bertempat di Ulu Yam. Memang teruja nak pergi setelah lama meninggalkan Pertahanan Awam lebih kurang 10 tahun yang lepas. Dulu masa di Al-Amin, Gombak sampai dapat sijil. Tapi sebab pindah sekolah dan ada krisis masa itu, taklah aktif sangat.

Nak jadikan cerita, seminggu ke seminggu latihan itu ditangguhkan. Ada saudara @ sepupu kahwin akhirnya terlepas lah ketiga-tiga tarikh yang ditentukan. Hinggakan tarikh yang terakhir 18 - 21 November tu dah ada, siap-siap ngan beg untuk ekspedisi 3 hari, di Unit Operasi Kuala Lumpur di Jalan Gurney, tapi rupanya salah maklumat, ambilan terakhir ialah jam 3 petang. Dalam telefon diberitahu jam 6 petang. So, melepaslah.


Adalah hikmahnya kenapa tak pergi. Malam tu sebenarnya sepupu angkat nikah. Jadi, sempatlah jadi driver tunjuk arah pada Pakcik dari Jengka, Pahang. Ni kira reunion family lah ni, dapat jumpa pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Adalah kebarakahan disitu. Takpe, mudah-mudahan Allah beri ganjaran atas niat yang baik nak masuk Pertahanan Awam ni.. Amiin..



Majlis Ijtima' Perawat Akrine (MIPA)

Oleh kerana terlepas program Pertahanan Awam, maka sms dari dua sahabat, Tn Syaddad96 dan Tn Mazlan, dok tanye.. Gi ke tak ni? Gi ke tak? Heheh. .InsyaAllah.. Perhimpunan itu pada 19 November 2009. Nak jadikan cerita, Ust Abu Mujahid Al-Urduni dari Kota Bharu pun datang, takkan la kita dok area Kg Pandan tak datang kan, hehe..

Nak kata saya perawat akrine taklah.. Tapi ramai kawan2 di AKRINE :) So, nilah masanya nak bersua.. Raya hari tu dah la x berjumpa kan.. Ish ish ish..

Tapi, sebab keletihan semalaman, lepas Subuh tidur balik. Sedar-sedar Abg Mazlan tel.. Azizan, kat ner ni? Dewan Dr Burhanuddin Al-Helmi kat mana? Heheh.. Ala situ -situ. Ahaha. Tengok jam kul 9. Awak kat mana ni.. On the way bro.. Aiyak.. Cepat-cepat bangun , mandi, solat Dhuha terus zus membelah MRR2 terus ke Kuang.

Alhamdulillah, tiba dalam jam 10.15 pagi. Masa tu tengah kudapan. Nampak, wah ramai nye kawan-kawan lama. Sempatlah melayan sebungkus nasi lemak dan secawah teh tarik bersama TIAF , Ust Abu Mujahid, Tn Syaddad dan lain-lain.


Sebahagian pemandangan Kuang. Er.. Ok ok.. Ni sebenarnya gambar pemandangan dari Pusat Rawatan Islam Manara ni.. Tempat Dr Jahid Sidek.


Beshnya di Kuang ini ialah sebab suasanya yang aman damai, pokoknya yang menghijau dan airnya yang dingin serta jauh dari hirukpikuk kesibukan ibukota. First time datang ialah selepas program Seminar Perubatan Islam (SEPIM) 2008 di Masjid Kg Dato Haron. Time tulah first time bersua dengan Dr Jahid Sidek, mantan Prof. Madya Akademi Pengajian Islam U.Melaya. Keesokan harinya terus gi ke Kuang, untuk apa? Ehehe.. Ade ar... rahsia..

Habis slot MIPA tibalah waktu makan tengahari. Nasi Briani , ayam goreng pergh, merancakkan lagi berbual2. Masa tu lah terjumpa dengan blogger-blogger lain-lain seperti Abg Mie, Tn Ummat, PRAIN dan lain-lain. Tapi masa mencemburui, sume ada urusan lain, jadi lepas solat zuhursorang demi sorang beransur termasuklah saya.


Mengemas Bilik

Biasa ar.. Orang bujang part paling malas skali ialah mengemas bilik. So, berminggu-minggu dihabiskan untuk mengemaskan buku-buku. Ada beberapa seksyen sebenarnya, kalau boleh nampak la.. Eheh.. Ada sudut buku2 kejuruteraan, buku2 perubatan, buku2 kitab, kamus2, buku2 motivasi tak lupa jugak komik :P

Gambar Perpustakaan mini dalam bilik saya selepas dikemaskan :P

Yang dibawah ni pulak gambar perpustakaan mini diruang TV. Yang ni tak sempat nak dikemaskan lagi. InsyaAllah nak dikemaskan.. Ruangan ebelah kiri ialah ruangan buku2 akauntan, tatau le valid lagi ke tak (menyemak je buku2 ni :P - jangan marah arr para akauntan terutama kak zai :P) Yang tengah tu, tempat surah Yassin (collection - gi tahlil orang hadiahkan satu, last2 penuh) Yang sebelah kanan tu semua buku2 agama. Tak sangka buku Fiqh Sunnah complete set pn ade..,tp terjemahan le. Ade gak terjemahan sohih bukhari.. Ni dari England masa ayah belajar kat sana, bawak balik. . So, insyaAllah nnti nak kemaskan semua balik.. Ehehe


Ni gambar perpustakaan mini kat depan


Yang ni semua dalam bilik mak. Alhamdulillah berjaya disusun ikut topik. Ehehe.. Sebenarnya sebahagian besar ni koleksi dari bilik saya, tapi dibawa sebuah demi sebuah ke dalam bilik mak, tiba-tiba je ade satu koleksi.. weee.. takpe ar, almari kat bilik tu pun dah tak muat... Tapi, banyak buku Dato' Nik Aziz dalam ni dan risalah-risalah ringkas, tapi tak sangka sangat bagus dan padat. Nanti-nanti le cite pasal risalah tu.

Koleksi dalam bilik mak


Set Berjalan & Melihat :P

Topik ni boleh mengundang fitnah. Ehehe. Tapi ,takpelah, orang kalau nak dengki bila-bila leh fitnah. Sebenarnya dibawah ni, gambar, dalam setiap botol itu ada 7 kolah air masjid kira2 10 liter setiap botol. Kebetulan, ada kawan mintak tolong carikkan air kolah. Alang-alang nak ambil tu, ambiklah banyak2 sekali kan. Barulah berbaloi satu perjalanan.

Air kolah dikatakan boleh dijadikan ubat.. Mengapa? Hehe. Carikla sendiri jawapannya. Seperti biasa, kalau disuruh carik air kolah, mampos susah tul orang nak amik. Nak carik ubat, kenalah usaha sikit kan. hehe

Mengambil air kolah mmglah bukanlah kerja yang susah sangat. Tapi tak semua orang mampu nak buat. Untuk yang dah biasa, boleh ambil kurang dari 2jam lebih. Pengalaman saya, saya akan mulakan dari Masjid Ar-Rahimah kg pandan Luar, ke Masjid Al-Hidayah Kg Pandan dalam, ke Surau Al-Falah , Kg Pandan, Surau Pandan Jaya, Masjid Alam Shah Jalan Cochrane, Masjid Kg Bharu dan akhirnya Masjid Salahuddin Al-Ayubi Taman Melati. Mula jam 2.30 ptang hari jumaat dan sempat solat Asar di masjid Simpang 3 , Gombak. Jarak perjalanan adalah dalam 20km :)

Air kolah dibawah bukan untuk dijual. (Barang wakaf mana boleh dijual, kan?). Dan takde pun bayaran upah (commitment fees). siapa nak, silalah request cepat-cepat. Syaratnya silalah ambil sendiri dan sila pulangkan kembali botol tu.. Susah woo nak carik botol ni, sampai ke Shah Alam baru dapat 7 botol. Terima kasih pada Akademi Maqari Syifa Qurani ( AMSYIQ) kerana mensponsor botol-botol ini.. Eheh.

Apapun motto nya, "Kroni didahulukan, kawan-kawan diutamakan" dan "First Come First Serve" Ehehe..



Air kolah 7 masjid ( 10 liter x 7 bekas)


Kelas Darussyifa

Alhamdulillah, surat official letter pun dah keluar ditandatangani oleh Setiausaha Kehormat Darussyifa, insyaAllah dah confirmkan dengan Ust Aris. Kelas akan bermula minggu kedua bulan January. Ya Allah permudahkan lah hambaMu ini menuntut ilmu sesuai dengan firmanMu " Barangsiapa yang berjihad (bersungguh-sungguh) dijalan Kami, kami akan bukakan jalan-jalan Kami"


Wallahualam

Sunday, December 27, 2009

Menjadi berani !!

Besh tengok ucapan ni, iaitu ucapan Sheikh Mutawalli As-Sya'rawi. Beliau merupakan seorang ulama' di mesir, yang berani mengatakan kebenaran di hadapan pemimpin mesir. Di dalam link dibawah ialah rakaman video ucapan beliau, dimana disebelahnya ialah presiden Mesir, Hosni Mubarak yang sangat terkenal menentang gerakan Islam, memenjarakan pejuang2 islam. Syeikh Sya'rawi telah pun kembali menghadap penciptanya.

Renung-renungkan lah wahai pemimpin

Video Youtube Ucapan Syeikh Sya'rawi.

Terjemahan

Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi).. Wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku menjadi munafiq.

Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa.

Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu.

Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata?

“..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” (Surah al-Baqarah:258)

Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia.

Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.

Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi.

Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : “Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : “Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga).

Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam:

“..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”.

Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata) “Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”.

Saturday, December 26, 2009

Etika

Semasa di Semester 7, saya telah mengambil subject Corporate Ethics sebagai salah satu subjek elektif di Universiti Teknologi Petronas. Alhamdulillah ,secara tak sengaja, saya terjumpa nota-nota lama dan insyaAllah saya cuba ringkaskan, sekadar perkongsian.


Teori Etika

Etika di definasikan sebagai kewajaran sesuatu tindakan dalam situasi-situasi tertentu. Didalam membincangkan etika, terdapat dua kumpulan pemikir yang iaitu Teleological (Consequential) & Deontological (Non-Consequential)

Kumpulan pertama, Teleological menyatakan, kewajaran sesuatu tindakan itu ditentukan sepenuhnya oleh jumlah kebaikan yang dihasilkan, manakala kumpulan kedua, deontological mengatakan kewajaran sesuatu tindakan itu ditentukan kerana lumrah sesuatu tindakan atau undang-undang yang dibuat.


Teori Utilirian


Kumpulan pertama, mengutarakan teori yang dikenali sebagai Teori Utilirian, menyatakan "Adalah menjadi suatu kewajipan didalam apa-apa situasi untuk memaksimumkan kebaikan dan mengurangkan keburukan didalam sesuatu tindakan. Ini bermakna, jika sesuatu tindakan itu memberikan keuntungan kepada lebih ramai, walaupun apa sahaja tindakannya, adalah wajar.

Sekali pandang , teori ini ada kebenarannya. Tetapi, fikirkan situasi dibawah.

Sebagai contoh, negara A memproses bahan kimia A. Bahan sangat diperlukan dan pihak pengurusan sedia maklum bahawa bahan kimia A membawa pencemaran. Untuk mengelakkan negara A dicemari, tidak salah kita memproses bahan kimia A di negara B, walaupun ekosistem di negara B tercemar, janji negara A selamat dan masih boleh memperolehi bahan kimia A.

Jika saya menjadi seorang sarcastic , saya boleh mengambarkan menyatakan "Tidak mengapa jika kita menfitnah orang dan melaga-lagakan orang, asalkan kroni kita selamat memegang kuasa dan periuk nasi kita tidak terjejas."


Teori Kantian

Kumpulan kedua, mengutarakan teori Kantian. Menurut teori ini, kewajaran sesuatu tindakan ialah disebabkan niat yang baik. Ia juga menyatakan sesuatu tindakan itu mestilah konsisten dan logik. dan bebas dari kontra dalaman.

Untuk memahami teori ini, suatu analogi seperti berikut.\

Letakkan diri anda di kasut penerima akibat tindakan anda. Jika tindakan itu membawa kepedihan/kepayahan/kesusahan kepada penerima, maka tindakan anda TIDAK BERETIKA.


Etika didalam organisasi.

Banyak lagi sebenarnya kupasan mengenai teori etika. Bagaimanapun cukuplah dua ini untuk dipaparkan didalam blog ini sebagai pembukaan. Sebenarnya banyak lagi teori-teori etika, tetapi dua teori ini ialah sesuatu yang patut difikir-fikirkan.

Sepertimana kita maklum, didalam sesebuah organisasi, pihak pengurusan terutama ketuanya seperti presiden, pengerusi dan apa sahaja namanya, harus membuat keputusan atau tindakan didalam apa-apa. Orang tidak melihat kenapa dia berbuat demikian , tapi orang akan mempersoalkan kewajaran tindakan tersebut. Wahai pemimpin, adakah anda memikirkan tindakan anda itu mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang anda (kononnya majoriti) ataupun anda memang suka membuat sesuatu untuk menyusahkan orang lain.

Didalam Islam, Islam sangatlah menekan soal akhlak. Tidaklah diutuskan Nabi Muhammad itu antaranya untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Soallah diri anda ketika anda membuat sesuatu keputusan. Beretika kah tindakan anda? Adakah tindakan anda itu dimulakan dengan niat yang baik? Adakah keputusan anda itu mendatangkan kebaikan kepada seluruh ahli dan organisasi anda jangka masa pendek dan panjang ataupun ianya hanya menguntungkan anda dan kroni-kroni anda?


Wallahualam, Allah Yang Maha Mengetahui

Saturday, December 19, 2009

Tahun Baru Hijrah - Permulaan episod baru

Blog Berjalan & Melihat

Ramai yang tertanya-tanya kenapa blog ini dinamakan blog Berjalan & Melihat? Sejak kecil, saya mengidamkan untuk mengelilingi dunia, menjelajahi dunia, berjumpa dan berkenalan dengan orang baru, belajar benda yang baru, dan berkongsi pendapat. Ini mungkin kerana inspirasi daripada melihat gambar ayah,ibu dan kakak-kakak,di merata-rata dunia. London | Berlin | Paris | US | South Africa | China | Australia | Canada | New Zealand. Hasrat untuk melihat dunia ini mungkin dikuatkan lagi apabila saya mengikuti artikel @ journal kembara Dr H.M Tuah didalam majalah Dewan Siswa.

Saya juga seorang peminat sejarah, seni dan budaya. Dan tidak dinafikan, saya menjadi seorang yang obses dengan seni, tamadun dan budaya terutamanya tamadun timur dan tamadun timur tengah. Suatu ketika dahulu, saya tidak pernah ketinggalan membaca tulisan Ann Wan Seng berkenaan kerajaan China dan Lagenda 3 Negara. Saya juga gemar melihat dokumentari mengenai Mesir Purba dan Jordan. Sehinggakan saya berlatih seni beladiri Aikikai Aikido hanya kerana tertarik dengan disiplin dan falsafah disebalik setiap tatacaranya.

Sedar tak sedar, blog ini telahpun mencecah usia dua tahun lebih. Rencana pertama saya ialah pengalaman mengharungi banjir pertama dalam hidup saya di tempat bajir yang paling buruk di dalam 20 tahun ini, iaitu di Pekan, Pahang. Dan diikuti dengan beberapa artikel nasihat dan pandangan peribadi.



Cabaran Masa Kini & Masa Hadapan

Blog peribadi merupakan suatu laman yang dikendalikan oleh seorang individu, dimana setiap rencananya dipenuhi komen, gambar. dan sebagainya. Blog juga berfungsi sebagai diari yang boleh dikongsi samada untuk sesetengah individu atau kumpulan atau kepada seluruh dunia!!! Kuasa blog atau blogger boleh menggegarkan dunia, sehingga dikatakan ianya mampu menumbangkan sebuah parti yang memerintah sesebuah negara!!!

Boleh sering dikaitkan dengan generasi baru atau generasi muda!! Kebiasaannya generasi muda yang mempunyai blog ingin BERKONGSI perasaan, pegangan, pendapat, ekspress diri dan menyatakan sokongan. Apapun tujuannya, apabila sebuah artikel diterbitkan di sebuah blog, ianya ialah untuk DIKONGSI Rujuk Wikipedia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Blog dan fungsinya.


Masyarat Yang Berkongsi!!


Dunia hari ini menyaksikan, generasi baru semakin ramai yang suka BERKONGSI KURNIAN ILAHI , tanpa niat untuk MENUNJUK & BANGGA DIRI. Pada mereka, kurnian Ilahi harus sama-sama dikongsi, bukannya makan seorang diri. Kumpulan ini tidak DENGKI-MENDENGKI tetapi saling sokong-menyokong sesama mereka, dan terus BERKONGSI. Yang bermanfaat diambil,, yang keruh kita dijauhkan. Tanpa disedari, mereka ini mencipta satu komuniti yang tidak mementingkan NAMA, PANGKAT atau DARJAT, yang penting mereka BERKONGSI dan SENANG HATI kerana tidak DENGKI- MENDENGKI

Malangnya ada yang DENGKI dan IRI HATI. Meraka tidak suka melihat wujudnya komuniti yang suka BERKONGSI yang merentas usia, warna kulit, latar belakang dan sempadan geografi. Mereka tidak kisah walaupun terpaksa MENFITNAH atau MENYEBARKAN FITNAH supaya mereka yang BERKONGSI ini di jatuhkan dan dimatikan. Mudah-mudahan dengan itu HATI MEREKA PUAS dengan DENGKI dan IRI HATI

Wahai manusia yang DENGKI & IRI HATI..
Dengarlah seruan ini

ITTAQULLAH!!
TAKUTLAH KAMU KEPADA ALLAH!!
BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT



Kata-kata untuk DIKONGSI

Maka mereka yang menjadi mangsa iri hati, saya KONGSIKAN kata-kata seorang alim untuk saudara & saudari


Awak sepatutnya bergembira, kerana ada yang dengki
kerana itu bermakna, anda mendapat nikmat, dan mereka tak dapat


Alim tersebut menyambung kata-katanya


Jika tidak mampu membuat pahala
Janganlah pula membuat dosa

Jika tidak mampu menolong orang
Jangan pula menyusahkan orang

Jika tiada apa untuk dikongsi
JANGAN MENGHALANG ORANG LAIN BERKONGSI!!!

Jika anda tidak dapat memberikan manfaat
JANGANLAH PULA MEMBUAT KHIANAT!!


Pada mereka yang kecewa DI KHIANATI oleh SI PENDENGKI, ayuh bangkit dan pedulilkkan si PENDENGKI itu. Lagu di bawah mungkin memberi sedikit ketenangan dan inspirasi untuk anda


Umat Islam harus cemerlang
hari ini lebih baik dari semalam
jangan buang masa,
siapa kata kita tidak boleh
kita punya Allah Maha Kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh :)


Mari kita bangkit, dan jadikan Tahun Baru Hijrah ini PERMULAAN EPISOD BARU

Amalan Bulan Hijrah - Muharram

Bulan Muharram

  1. 1 - 9 Puasa Sunat
  2. 10 hb sunat puasa pada hari Asyura
  3. Amalan-Amalan lain
  • Menyapu kepala anak yatim
  • Bersedekah kepada fakir miskin
  • Bercelak pada waktu malam
  • Menambah perbelanjaan keluarga
  • Memperbanyakkan doa dibawah (sekurang-kurangnya 70x)



Sumber : Buku 'Indahnya hidup bersyariat'

Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431 Hijrah




Doa Akhir Tahun
(Dibaca 3 kali selepas solat Asar sebelum terbenamnya matahari)



Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun
(Dibaca 3 kali selepas solat Maghrib)


Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.