Tuesday, September 6, 2011

Episod Baru



Mula-mula sekali, tidak seronok rasanya jika penulis tidak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para pengunjung. Sepuluh jari disusun mohon ampun dan maaf atas kesilapan sepanjang perkenalan penulis dan pengunjung laman sesawang ini. Moga ukhwah kita berkekalan dan sentiasa didalam keredhaanNya, insyaAllah

Pemandangan TNBR


September 2011 ialah satu permulaan bagi episod baru dalam kehidupan penulis sebagai Eksekutif dan Ketua Seksyen bagi Seksyen Pengurusan Fasiliti Penyelidikan atau didalam bahasa Inggeris disebut Research Facility Management yang telah disahkan dalam perkhidmatan selepas berkhidmat secara kontrak selama 18 bulan di TNB Research Sdn. Bhd. Penulis masih belum lagi memberi sebarang jawapan atau maklumbalas kepada TNBR, walaubagaimanapun hingga kesaat jejari menaip di papan kekunci ini, rasanya tiadalah tempat lain dikepala. InsyaAllah semuanya akan tetap sebelum hujung minggu ini.


Alhamdulillah, sepanjang 18 bulan berkhidmat di TNBR, banyak pengalaman beberapa diperolehi daripada hasil pembelajaran, menghadiri kursus, 'on-field training' dan sebagainya. Antaranya sebagai Pengurus Tenaga Bertauliah @ Certified Energy Manager dan Juruaudit Keselamatan TNB @ TNB Safety Excellent Management System. InsyaAllah penulis akan berkongsi maklumat lengkap mengenai kedua-dua program ini di masa hadapan.


Sepanjang 18 bulan lepas, penulis setapak demi setapak menyusun langkah untuk kembali bangkit. Bermula dengan menamatkan pembelajaran di UTP , penulis mula berdaftar dengan Board of Engineer (BEM) dan the Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebagai Jurutera Siswazah @ Graduate Engineer. Pendaftaran dengan kedua-dua badan jurutera ini bukanlah sesuatu yang susah, mungkin juga ada yang memandang rendah, tapi percayalah tak sampai 10 peratus pun yang berdaftar sebaik sahaja selepas graduasi. Petikan dibawah adalah sekadar renungan bersama


Seksyen 24A (1), Akta Pendaftaran Jurutera 1967

"No person shall employ a person, sole proprietorship, partnership or body corporate, other than aregistered Engineer or an Engineering consultancy practice, to perform professional engineering services"


Rancangan masa hadapan? Dua tahun dari sekarang ?
Emm.. Kahwin & sambung master... err.. Sambung master dan kahwin... Sekian...tiada komen. and dptkan title professional engineer.

Perubatan Islam macamana?
Masih on. masa 2 tahun ini tak disia-siakan, penulis anggapnya sebagai cuti belajar dan berlatih/praktikal (beramal). ibarat selepas dapat ijazah, sekarang sambung master jugak, by thesis & coursework ataupun post-diploma kan.. cewah :P Kebenaran akan datang jua. Apabila kebenaran datang, yang bathil akan lenyap.

Alhamdulillah, banyak guru dan fasilitator yang mendidik dan tanpa jemu berkongsi ilmu. Ilmu bertambah kawan bertambah, mudah-mudahan iman pun bertambah. Jika nak bandingkan dulu dan sekarang, banyak lainnya, banyak bezanya. InsyaAllah mudah-mudahan diperkenankanNya.

Tajuk Posting akan datang?
Er.. mungkin nak cerita pasal Building Service Engineering/Facility Management dan sedikit applikasinya dengan TNBR
Posted on by [Azizan Ramly] | 1 comment

1 comment:

  1. wah banyaknya 'achievements'.. tahniah! tahniah! moga terus berjaya :)

    ReplyDelete