Sunday, May 16, 2010

Pemergian Seorang Muallij dan sahabat perjuangan

Saya mendapat makluman dari sebuah blog di internet beberapa hari lalu, pemergian seorang sahabat dan teman seperguruan, Cikgu Azam @ Azam Kuala Kangsar.

Perawatan beliau yang rendah diri, murah senyuman, ringan tulang menyebabkan ramai yang mudah bergaul dengan beliau. Beliau merupakan seorang yang pada saya, sangat komited kepada ilmu, terutamanya ilmu perubatan. Boleh dikatakan dimana ada kursus perubatan islam, disitu beliau ada.

Beliau antara yang di luar Kuala Lumpur/Gombak yang komited dengan aktiviti Darussalam. Beliau juga merupakan ahli Darussyifa yang giat membantu masyarakat di sekitar Kuala Kangsar@ Perak.

Kali terakhir saya berjumpa beliau ialah di UIA Gombak. Perjumpaan terakhir yang tidak dirancang, di isi dengan perkongsian ilmu, bertukar pendapat, Kami sempat sama-sama makan semeja, sambil2 berbincang dan memikirkan perjalanan dan hala tuju persatuan

Beliau dimasukkan ke hospital pada 1 Mei 2010 dan meningggal dunia beberapa hari selepas itu. Maafkan saya teman, saya lambat dapat makluman kerana kelemahan saya dalam menyambung silaturrahim... Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmatNya ke pada roh beliau.

Saya tersentuh, bila mengenangkan Allahyarham pernah tinggalkan alamatnya di komen blog ini. Posting pertama blognya yang saya baca, saya kongsikan dibawah.


Sama-sama kita renungi...

http://azamanakfelda.blogspot.com/2009/09/esok-bila-ayah-pergi.html

0 comments:

Post a Comment