Tuesday, January 18, 2011

2011 First Entry =)

Setelah berbulan blog ini bersawang, jari jemariku kini mula rasa gatal2 untuk menulis entry yang pertama untuk tahun ini. Tengok blog kawan2, 'interface' makin cantik, 'gadjet' makin bertambah, malah penulisan makin mantap, maka ku pun nak cuba kembali bertatih.


Ulang Tahun Ke Tiga Blog Berjalan & Melihat

Sedar tak sedar, blog Berjalan & Melihat ini sudah pun berusia tiga tahun. Beberapa entry pertama blog ini telah terpadam secara tidak sengaja semasa proses . Ku pejam dan cuba kembali ke masa silam untuk mengigati tujuan dan kenapa ku menamakan blog ini Berjalan & Melihat dan ilham untuk menulis.

Secara ringkasnya, ku tulis blog ini pada minggu ke tiga bulan Desember 2007, bertempat di Taman Peramu Jaya, Pekan, Pahang. Entry pertama itu ialah pengalaman pertama ku mengharungi banjir besar di Pekan, Pahang yang dikatakan banjir terbesar dalam tempoh 20 tahun ini. Cuba untuk mengabadikan pengalaman, pahit getir, sketsa, ragam manusia ketika banjir dan ku sebagai seorang kelana yang menumpang di tanah orang, maka timbullah idea untuk menamakan sebagai Berjalan & Melihat, untuk merakamkan suasana, dan bukannya menghukum atau menghurai sesuatu perkara dari pespektif sendiri

Segala puji bagi Allah, blog ini bukan sahaja sebagai satu wardah tempat ku berceloteh, tapi masyaAllah menjadi tempat penyambung silaturrahim. Kemana ku pergi, ada yang bertanya saya pernah nampak awak tetapi di mana ya ??? Alhamdulillah.


Pecahan blog Berjalan & Melihat

Blog ini pada asalnya terbahagi kepada tiga segmen utama (3) dan sengaja dipisahkan bersesuaian dengan tajuknya niaitu

  1. Berjalan & Melihat
  2. Khazanah Buku
  3. Perubatan Islam

Apabila ku tulis pecahan blog ini, bukanlah bererti aku yang terbaik, tetapi ku ingin kongsi sedikit khazanah yang dicurahkan oleh guru-guru yang umpama perpustakaan- perpustakaan ilmu dan yang sedikit dapat kukutip kedalam poket ku yang bocor, sesuai dengan sabda nabi "Sampaikan walaupun satu ayat"


Bagaimanapun setelah diperbuat timbang-tara, maka blog perubatan islam itu walaupun tidak ada dosa (pada hemat saya) di padamkan memandangkan kedhaifan ilmu yang ada pada diriku ini disamping untuk meredakan fitnah dan tohmahan penulisan itu bertujuan untuk memenuhi kepentingan duniawi. Maka sesungguhnya ingatlah Allah tidak akan lupa dan Allah apabila menyeksa dan menghukum (di akhirat) , Allah akan menyeksa sebagai orang yang bengis.

Memandangkan ilmu tersebut telah dipadamkan, ku akan usahakan untuk menghimpunkan di dalam bentuk soft copy. Sekiranya Allah berkehendak ianya tersebar, akan Allah bukakan jalan Bila dan bagaimana? Biarlah masa menentukan.


Tahun 2010

Tahun 2010 padaku merupakan tahun yang penuh suka duka, pahit getir, pahit manis sehingga kadang-kala ku terasa nak meninggalkan semua yang ada dan bermula dengan baru, ditempat baru dan dengan suasana yang baru. Ujian satu demi satu datang, tak semua dapat ku tepis, sedikit sebanyak satu demi satu kena tepat di dada. Sakit dan pedihnya hanya Allah tempat ku mengadu.

Walau perit mana pun jalan yang telah atau akan kulalui ,ku selalu letak di dalam hati lebih perit jalan yang dilalui oleh ulama'2 silam. Ada yang dihalau, ada yang difitnah, ada yang di hina dan macam2. Apa yang ku lalui ini hanyalah asam garam kehidupan yang tidak mungkin dapat diajar didalam kelas-kelas formal hatta di universiti terbaik dunia.



Dan Nikmat Tuhan Kamu, Maka Ceritakanlah


Blog ini merupakan blog peribadi saya mengenai apa yang saya hendak berkongsi kepada dunia , mudah-mudahan sekurang-kurangnya sedikit mampu memberi manfaat. Anda bebas untuk membaca dan komen (bergantung kepada pertimbangan saya). Silalah baca disclaimer di sebelah kanan blog yang ditulis dengan bahasa yang cukup mudah sekiranya anda bukan termasuk dalam kategori yang bebal atau orang yang Allah tutup pintu kefahamannya.


Firman Allah swt di dalam surah Ad-Dhuha (93 :11) kira-kira bermaksud

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau ceritakan (dan zahirkan) sebagai tanda bersyukur kepadaNya.


Salam hormat,


Blogger Berjalan & Melihat
Posted on by [Azizan Ramly] in | 1 comment