Sunday, April 18, 2010

Hari ini mestil ebih baik dari semalam

Assalamualaikum wbt,

MasyaAllah!! Sekelip mata sudah menghampiri bulan Mei 2010, bermakna sudah hampir sebulan blog ini tidak dikemaskini. Maaf banyak-banyak kepada pengunjung. InsyaAllah blog ini akan cuba diupdatekan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Sebagai seorang muslim, kita sentiasa digalakkan berpegang kepada kata-kata 'Muslim Yang Sejati Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini" Tak susah tetapi payah, kan? Tak payah tapi rumit. Al-maklumlah kebanyakkan kita mempunyai rutin yang sama setiap hari. Jam 7 pagi keluar pergi kerja, 8 punch card in, 5 ptg punch out, 7 ptg sampai rumah, 8 malam dah tidur, 5 pagi bangun solat Isya' :P Hmm.. Hujung minggu??? Tak yah la buat apa2.. Tidur lagi besh !!! :P Ish.. Lemahnya kita sebagai umat hari ni.

Kini, sudah hampir dua bulan saya berkhidmat di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Bangi. Maka rutin yang saya diatas, membuatkan kita terasa lemahnya diri. Dulu perli member-member yang kerja, aiii, takkan tak sempat nak beramal kot. Akhirnya bila dah bekerja, barulah faham sendiri. Bukan senang nak beramal rupanya. Yang wajib2 je sempat. Yang sunat-sunat, aisei.... Wallahualam.. Kena cepat biasakan diri, kalau tak rugi masa, rugi usia.


Menjalankan Tanggungjawab Sebaik Mungkin, Jangan Mengelak

Sentiasa membuat yang terbaik dan cuba jadi yang terbaik dalam apa bidang yang diceburi.

Dan setiap apa yang kita pikul itu ialah satu tanggungjawab dan amanah
.

Itu yang saya cuba pegang dalam apa yang saya buat. Suatu masa dahulu, dalam Kursus Bina Negara di Biro Tatanegara, fasilitator group saya ialah En Izudin Ali (sekarang ni dikenali Prof Izi @ ala yang poyo2 tu :P ) Dulu die tak sepoyo tu eh, masa saya mula-mula kenal die :P

Anyway, Prof Izi ketika itu, bagi dua kata-kata yang menarik, diambil dari kata-kata Sukarno, mantan Presiden Indonesia suatu ketika dulu.


Quote Pertama

Letakkan cita-citamu setinggi bintang,
kerna jika ia jatuh, ia jatuh ke bulan

Jangan letakkan cita-cita mu setinggi awam,
kerna jika ia jatuh, ia jatuh ke pelepah (kelapa)

Quote kedua

Berikan aku 10 pemuda, nescaya kan gegarkan dunia

Kata-kata itu, secara tidak langsung memberikan saya satu ransangan untuk cuba jadi terbaik dalam segala bidang. Kenapa? Sebab satu saya pemuda. Pemuda biasanya orang yang kental jiwanya, tinggi semangatnya, kuat staminanya. Maka dengan kekuatan sebagai seorang pemuda, maka saya mula cuba meletakkan cita-cita setinggi bintang :)

Alhamdulillah, ransangan daripada tu, dapat result PMR yang baik ( tak perlu sebut berapa) cuma tidak cukup nak masuk ke Kolej Islam Klang@ KISAS. Ketika itu rasa agak down la juga, sebab Kolej Islam ni tempat belajarnya ulama-ulama dan bukan calang-calang di Malaysia. contoh Dato Dr Haron Din, Dato' Ismail Kamus, Dato Seri Dr Harussani Zakaria, Dr Badrul Amin, dan lain-lain lagi.

Tapi nak jadikan cerita, ditawarkan di Segambut Jaya.Dari penerangan yang diberikan Ust Hadi dari Jabatan Pendidikan Islam & Moral di Jabatan Pendidikan Wilayah Perseketuan, nampak macam not bad la Segambut Jaya ni. Rupa-rupanya, situasi tidak begitu memberangsangkan. Tapi berbekalkan kata-kata diatas tadi, again, kita ni muda, jiwa pun kena muda. Alhamdulillah, berjaya jadi antara yang terbaik SPM ketika itu :)

Nak jadikan cerita, dapat tawaran tajaan PETRONAS untuk ke Universiti Teknologi PETRONAS. Konon-kononnya daripada 100ribu pelajar SPM tahun itu, hanya 20 ribu yang memenuhi syarat, dan daripada 20 ribu itu hanya 5 ribu sahaja di short listed. Dan dari 5 ribu itu hanya 500 sahaja yang berjaya :) Kata Dr Ibrahim Kamarudin, You guys are the cream of the cream, the best of the best that this country (Malaysia) can offer. Huhu.. Again.. Setiap kata-kata itu satu amanah dan tanggungjawab, mampu atau tidak kita memikul 'nama' dan gelaran itu.

Sebagai jurutera, tidak lain tidak bukan kita hendak menjadi Jurutera Profesional
Sebagai seorang pelajar, tidak lain tidak bukan pasti hendak menjadi seorang sarjana (PhD)
Sebagai seorang pekerja, kita pasti nak menjadi technical expert atau specialist dalam area kita.

Kebelakangan ini saya berjumpa dengan orang yang memberi pelbagai alasan
Contoh

Saya belajar Material Science, bukan teknikal , tak faham maintenance tu kena gi tempat lain
Saya diploma je, awak degree,
Saya tak reti, awak bos ,awaklah decide
Saya tak boleh buat kerja ini, tak minat
Saya dah tak minat kerja teknikal ,minat pentadbiran

Perkara-perkara ini, memalukan diri sendiri dan memalukan kita sebagai orang Islam.
Bila kita terima kerja atau jawatan itu, sepatutnya kita sedar kita memikul amanah
Kita yang apply untuk belajar benda tu
Kita yang tandatangan surat penerimaan jawatan
Tapi kenapa kita mengelak bila kita disuruh buat
Sedangkan setiap yang kita buat itu, ada tanggungjawab yang kita pikul


Saya suka berkongsi petua Silat Cekak

Tidak mengelak ke kiri atau ke kanan
tapi bergerak maju ke hadapan

Kita sendiri yang tahu, berapa banyak kita dah usaha. Berapa terdaya atau tidak. Potensi manusia itu besar, dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan. Amanah tetap amanah, cuma kita dah usaha 100%. Usaha itu bukanlah semestinya usaha badan sahaja, tapi kenalah usaha secara smart, bijaksana.


Mercedes GP PETRONAS

Semasa mula-mula PETRONAS menyatakan minat mereka untuk ke Formula One, ketika itu Sauber PETRONAS. saya secara peribadi tidak berapa minat , kenapa kita perlu nak melabur sedemikian rupa, sedangkan industri automotive negara kita sendiri masih kelam kabut walaupun kita telah memiliki Lotus Engineering. Jadi, saya tidak nampak dan tidak menunjukkan suatu minat pun untuk Formula One walaupun ketika itu hampir semua remaja sebaya saya menceritakan tentang Schumacher.

Pandangan saya terhadap Formula One mula berubah bila melihat, dokumentari disebalik Sauber PETRONAS, bila melihat ada beberapa jurutera Malaysia beragama Islam terlibat didalam proses penyedian Formula One. Mula satu perasaan bangga, yer, Malaysia boleh.
Tetapi apabila PETRONAS menyatakan hasrat mereka untuk menamatkan projek Sauber Formula One dan bertukar kepada BMW Sauber Petronas. Wah, perkembangan lagi menarik. Yerla, bayangkan teknologi yang ada pada BMW akan dipelajari oleh orang Malaysia. Kan berita baik tu.

Rupanya semua itu hanyalah sangkaan saya semata-mata. Bila saya ditawarkan untuk menjalani latihan industri di Power Train Technology (PTT), PETRONAS Research Sdn Bhd, barulah saya faham situasi sebenar. Semasa di PTT, kami ditayangkan video tunjuk segala usaha, latihan yang dijalani oleh jurutera-jurutera Sauber. Memang dalam video muka mereka berseri-seri, macam ada something promising . Tapi realiti toya je muka diorang. Rupa-rupanya, BMW Sauber, tidak ada apa-apa teknikal atau knowledge transfer. Sekadar kita sponsor dan diorang berikan sedikit ruang untuk kita tulis nama di kereta. Aiseiman... Patutla tak bermaya.

Anyway sekejap je pun kat PTT, sekali dapat offer kat DaimerChrysler ataupun dikenali sekarang sebagai Mercedes-Benz Malaysia, terus cabut dari PTT. :p Pengalaman Latihan Industri di Merc, sedikit sebanyak banyak membantu kerja yang sekarang ini, alhamdulillah.

So, again bila Petronas umumkan tamat dengan BMW. Kita ingat yeah, dah takde duit rupanya :P Tup2 diorang join venture pulak , sponsor Mercedes-Benz Malaysia. Tapi tema kali ini menarik :

Formula One Greatest Driver - Schumacher
2009 Constructor's Champion
Premier Automotive Manufacture - Mercedes Benz Malaysia
Leading Oil & Gas Corporation - PETRONAS

I proud with Mercedes GP Formula One . First, because I have serve Mercedes-Benz ( 8month so what?:P) and Petronas Research (okeyla One Week, still I do a lot of study during that time :P ). Second, I'm Universiti Teknologi PETRONAS graduate. And as a graduate we always bring university and company (PETRONAS) pride together anywhere we go :)

Anyway, I'm now in leading energy corporation now :D





Dalam video ni, yang paling best saya tengok.

There is only one way, FORWARD !! :)

Kesimpulan di sini, kita kena sentiasa lebih baik dari semalam. Cuba letakkan tujuan dan matlamat kita menjadi yang terbaik, buat yang terbaik dan sampaikan yang terbaik. Dan jangan sentiasa berpuas hati dengan apa yang ada, sentiasa adakan continuous improvement program (CIP) Dan jangan patah balik ke belakang.. Sentiasa ke depan!! :)
Posted on by [Azizan Ramly] in | 1 comment