Wednesday, January 20, 2010

Jangan Disekat Sungai Yang Mengalir



Katakanlah: ""Wahai Tuhan Yang mempunyai kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kekuasaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Surah Ali-Imran 3:26



Di dalam hidup ber muamalah,
sama sekali kita tidak akan terlepas daripada di uji oleh Allah s.w.t
dan tidak lain dan tidak bukan ujian & dugaan yang diberikan
untuk mengasingkan antara yang beriman dan yang kufur
nak membezakan yang bersyukur dan yang tidak pernah cukup
yang bersederhana dan yang membazir
maka yang demikian itu ujian itu mengangkat darjat kita disisi Allah s.w.t

Bagaimanapun, kata ahli pujangga

Pangkat tidak kekal, lambat laun diganti orang
Kuasa tidak kekal, lambat laun dirampas orang
harta tidak kekal, lambat laun diambil orang
Nama tidak kekal, akhirnya di kuburi orang

Bagi mereka yang bersabar dengan ujian
maka Allah akan mengantikan sesuatu dengan yang lebih baik
dengan syarat kita bersabar dan tidak merungut
walaupun orang lain akan cuba menyekat sana, menyekat sini
maka yakinlah dengan janji Allah, Allah akan berikan yang lebih baik

Allah lah yang memberikan segala sesuatu, dan Allah boleh mengambilnya bila-bila masa
Allah lah yang memberikan segala sesuatu, dan Allah boleh memberinya pada sesiapa
Walaupun satu dunia bersetuju, Allah tetap memberi
Walaupun satu dunia tidak bersetuju, Allah tetap memberi
Kerana Dialah Allah, Tuhan Yang Memulakan dan Tuhan Yang Mengakhirkan
Jika kita faham itu, tidak akan rasa sedikit pun kecewa

Janganlah kita risau orang akan cuba menahan pada yang Allah nak berikan pada kita
Kata pujangga

Sungai yang mengalir jangan disekat
Kerana sungai tetap akan mengalir walaupun dihalang
disekat disini, beralih ke sana
disekat di sana, beralih ke sini

Jika sungai disekat-sekat
lambat laun melimpah jua
dan akhirnya akan tetap terus mengalir


Alhamdulillah, sedikit sebanyak dah nampak dah apa yang Allah nak beri sebagai ganti :)

Pemandangan matahari terbit di Afrika :)

1 comment:

  1. Puitis dan mendalam maksudnye :-) Allah ada untuk hambaNya yg bersabar ... ingat ayat ke 200 surah al-imran ... pemberi semangat akak ..."BERSABARLAH .. PASTI AKAN ADA KEJAYAAN" .. pergh 2 3 menjak ni ..suka pakai ayat al-quran aku ni ....hehe Alhamdulillah,berkat ilmu dari kawan2 ...hehe caiyok2 Gjan..jgn lupa bertapa di Gua Kelam ...wakaka :-p~~

    ReplyDelete