After a while, i felt like i'm not fit as what i was during my school time. cewah :P So, i decided to join back aikido class, or to be specific aikikai style. This is the same style that I practice under Sensei Junaidi 1o years ago . Previously, sensei Junaidi is law student in uia and previous UIA Aikido Club President. He make extra income by opening aikido class for Al-Amin students.
Monday 7.30 pm - 8.30 pm ( muslim of course can pray first :P) Saturday 5.00 pm - 6.00 pm
Hopefully this time i'll be more istiqamah and at least complete practice till 1st Dan :) ___________________________________________________________________
From Wikipedia.
Aikido(合気道Aikidō?) is a Japanese martial art developed by Morihei Ueshiba as a synthesis of his martial studies, philosophy, and religious beliefs. Aikido is often translated as "the Way of unifying (with) life energy"[1] or as "the Way of harmonious spirit."[2] Ueshiba's goal was to create an art that practitioners could use to defend themselves while also protecting their attacker from injury.[3][4]
Aikido is performed by blending with the motion of the attacker and redirecting the force of the attack rather than opposing it head-on. This requires very little physical strength, as the aikidōka (aikido practitioner) "leads" the attacker's momentum using entering and turning movements. The techniques are completed with various throws or joint locks.[5]
Aikido derives mainly from the martial art of Daitō-ryū Aiki-jūjutsu, but began to diverge from it in the late 1920s, partly due to Ueshiba's involvement with the Ōmoto-kyō religion. Ueshiba's early students' documents bear the term aiki-jūjutsu.[6]
Ueshiba's senior students have different approaches to aikido, depending partly on when they studied with him. Today aikido is found all over the world in a number of styles, with broad ranges of interpretation and emphasis. However, they all share techniques learned from Ueshiba and most have concern for the well-being of the attacker
Setelah berbulan-bulan meninggal dunia blogging, sempat lah mencilok seminit dua untuk 'update' blog yang berhabuk dan bersawang ni :)
Alhamdulillah umur dah pun mendahului 25 tahun (birthday bulan Disember), maka tahun ini mula melangkah umur ke 26 tahun. Sedikit sebanyak pengalama setahun sudah menjadikan diri semakin matang mendatangi masa-masa hadapan. Mudah-mudah umur makin banyak, ilmu dan amal makin bertambah, fikiran makin matang, jiwa makin tenang, mudah-mudahan Allah makin sayang :)
Dari segi pencapaian keduniaan, alhamdulillah, dah diserap dalam jawatan dan dapat beli sebiji kereta toyota. Dari segi ilmu dunia untuk akhirat, alhamdulillah dah dapat pengiktirafan baik dari persatuannya kepada guru yang mengajar Alhamdulillah, kurnia Allah s.w.t.
So, what's next (2012)?
Hal-Hal Dunia
Sambung Master dalam Mechanical Engineering
berlatih Aikido paling kurang sampai 3rd Kyu
cari peluang nak beli rumah
cari peluang nak dapat side-income
Pasang tinted kat kereta (untuk energy efficiency /fuel saving :P)
Pasang DVD dalam kereta (mudah nak dengar ceramah :P)
Hal-Hal Akhirat
nak target banyakkan kali khatam qur'an (3-4 bulan sekali, mudah-mudahan)
nak hafal surah-surah yang 7
nak hafal juz 'amma
nak konsisten beramal dengan zikir Hisnul Muslim (pagi/petang/malam/bangun tidur/lepas solat)
nak attend kursus-kursus penghayatan solat dan jenazah
Cukup lah tu kot, mudah-mudahan Allah memberkati dan merestui.
Mula-mula sekali, tidak seronok rasanya jika penulis tidak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para pengunjung. Sepuluh jari disusun mohon ampun dan maaf atas kesilapan sepanjang perkenalan penulis dan pengunjung laman sesawang ini. Moga ukhwah kita berkekalan dan sentiasa didalam keredhaanNya, insyaAllah
Pemandangan TNBR
September 2011 ialah satu permulaan bagi episod baru dalam kehidupan penulis sebagai Eksekutif dan Ketua Seksyen bagi Seksyen Pengurusan Fasiliti Penyelidikan atau didalam bahasa Inggeris disebut Research Facility Management yang telah disahkan dalam perkhidmatan selepas berkhidmat secara kontrak selama 18 bulan di TNB Research Sdn. Bhd. Penulis masih belum lagi memberi sebarang jawapan atau maklumbalas kepada TNBR, walaubagaimanapun hingga kesaat jejari menaip di papan kekunci ini, rasanya tiadalah tempat lain dikepala. InsyaAllah semuanya akan tetap sebelum hujung minggu ini.
Alhamdulillah, sepanjang 18 bulan berkhidmat di TNBR, banyak pengalaman beberapa diperolehi daripada hasil pembelajaran, menghadiri kursus, 'on-field training' dan sebagainya. Antaranya sebagai Pengurus Tenaga Bertauliah @ Certified Energy Manager dan Juruaudit Keselamatan TNB @ TNB Safety Excellent Management System. InsyaAllah penulis akan berkongsi maklumat lengkap mengenai kedua-dua program ini di masa hadapan.
Sepanjang 18 bulan lepas, penulis setapak demi setapak menyusun langkah untuk kembali bangkit. Bermula dengan menamatkan pembelajaran di UTP , penulis mula berdaftar dengan Board of Engineer (BEM) dan the Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebagai Jurutera Siswazah @ Graduate Engineer. Pendaftaran dengan kedua-dua badan jurutera ini bukanlah sesuatu yang susah, mungkin juga ada yang memandang rendah, tapi percayalah tak sampai 10 peratus pun yang berdaftar sebaik sahaja selepas graduasi. Petikan dibawah adalah sekadar renungan bersama
Seksyen 24A (1), Akta Pendaftaran Jurutera 1967
"No person shall employ a person, sole proprietorship, partnership or body corporate, other than aregistered Engineer or an Engineering consultancy practice, to perform professional engineering services"
Rancangan masa hadapan? Dua tahun dari sekarang ? Emm.. Kahwin & sambung master... err.. Sambung master dan kahwin... Sekian...tiada komen. and dptkan title professional engineer.
Perubatan Islam macamana?
Masih on. masa 2 tahun ini tak disia-siakan, penulis anggapnya sebagai cuti belajar dan berlatih/praktikal (beramal). ibarat selepas dapat ijazah, sekarang sambung master jugak, by thesis & coursework ataupun post-diploma kan.. cewah :P Kebenaran akan datang jua. Apabila kebenaran datang, yang bathil akan lenyap.
Alhamdulillah, banyak guru dan fasilitator yang mendidik dan tanpa jemu berkongsi ilmu. Ilmu bertambah kawan bertambah, mudah-mudahan iman pun bertambah. Jika nak bandingkan dulu dan sekarang, banyak lainnya, banyak bezanya. InsyaAllah mudah-mudahan diperkenankanNya.
Tajuk Posting akan datang? Er.. mungkin nak cerita pasal Building Service Engineering/Facility Management dan sedikit applikasinya dengan TNBR
Setelah berbulan blog ini bersawang, jari jemariku kini mula rasa gatal2 untuk menulis entry yang pertama untuk tahun ini. Tengok blog kawan2, 'interface' makin cantik, 'gadjet' makin bertambah, malah penulisan makin mantap, maka ku pun nak cuba kembali bertatih.
Ulang Tahun Ke Tiga Blog Berjalan & Melihat
Sedar tak sedar, blog Berjalan & Melihat ini sudah pun berusia tiga tahun. Beberapa entry pertama blog ini telah terpadam secara tidak sengaja semasa proses . Ku pejam dan cuba kembali ke masa silam untuk mengigati tujuan dan kenapa ku menamakan blog ini Berjalan & Melihat dan ilham untuk menulis.
Secara ringkasnya, ku tulis blog ini pada minggu ke tiga bulan Desember 2007, bertempat di Taman Peramu Jaya, Pekan, Pahang. Entry pertama itu ialah pengalaman pertama ku mengharungi banjir besar di Pekan, Pahang yang dikatakan banjir terbesar dalam tempoh 20 tahun ini. Cuba untuk mengabadikan pengalaman, pahit getir, sketsa, ragam manusia ketika banjir dan ku sebagai seorang kelana yang menumpang di tanah orang, maka timbullah idea untuk menamakan sebagai Berjalan & Melihat, untuk merakamkan suasana, dan bukannya menghukum atau menghurai sesuatu perkara dari pespektif sendiri
Segala puji bagi Allah, blog ini bukan sahaja sebagai satu wardah tempat ku berceloteh, tapi masyaAllah menjadi tempat penyambung silaturrahim. Kemana ku pergi, ada yang bertanya saya pernah nampak awak tetapi di mana ya ??? Alhamdulillah.
Pecahan blog Berjalan & Melihat
Blog ini pada asalnya terbahagi kepada tiga segmen utama (3) dan sengaja dipisahkan bersesuaian dengan tajuknya niaitu
Berjalan & Melihat
Khazanah Buku
Perubatan Islam
Apabila ku tulis pecahan blog ini, bukanlah bererti aku yang terbaik, tetapi ku ingin kongsi sedikit khazanah yang dicurahkan oleh guru-guru yang umpama perpustakaan- perpustakaan ilmu dan yang sedikit dapat kukutip kedalam poket ku yang bocor, sesuai dengan sabda nabi "Sampaikan walaupun satu ayat"
Bagaimanapun setelah diperbuat timbang-tara, maka blog perubatan islam itu walaupun tidak ada dosa (pada hemat saya) di padamkan memandangkan kedhaifan ilmu yang ada pada diriku ini disamping untuk meredakan fitnah dan tohmahan penulisan itu bertujuan untuk memenuhi kepentingan duniawi. Maka sesungguhnya ingatlah Allah tidak akan lupa dan Allah apabila menyeksa dan menghukum (di akhirat) , Allah akan menyeksa sebagai orang yang bengis.
Memandangkan ilmu tersebut telah dipadamkan, ku akan usahakan untuk menghimpunkan di dalam bentuk soft copy. Sekiranya Allah berkehendak ianya tersebar, akan Allah bukakan jalan Bila dan bagaimana? Biarlah masa menentukan.
Tahun 2010
Tahun 2010 padaku merupakan tahun yang penuh suka duka, pahit getir, pahit manis sehingga kadang-kala ku terasa nak meninggalkan semua yang ada dan bermula dengan baru, ditempat baru dan dengan suasana yang baru. Ujian satu demi satu datang, tak semua dapat ku tepis, sedikit sebanyak satu demi satu kena tepat di dada. Sakit dan pedihnya hanya Allah tempat ku mengadu.
Walau perit mana pun jalan yang telah atau akan kulalui ,ku selalu letak di dalam hati lebih perit jalan yang dilalui oleh ulama'2 silam. Ada yang dihalau, ada yang difitnah, ada yang di hina dan macam2. Apa yang ku lalui ini hanyalah asam garam kehidupan yang tidak mungkin dapat diajar didalam kelas-kelas formal hatta di universiti terbaik dunia.
Dan Nikmat Tuhan Kamu, Maka Ceritakanlah
Blog ini merupakan blog peribadi saya mengenai apa yang saya hendak berkongsi kepada dunia , mudah-mudahan sekurang-kurangnya sedikit mampu memberi manfaat. Anda bebas untuk membaca dan komen (bergantung kepada pertimbangan saya). Silalah baca disclaimer di sebelah kanan blog yang ditulis dengan bahasa yang cukup mudah sekiranya anda bukan termasuk dalam kategori yang bebal atau orang yang Allah tutup pintu kefahamannya.
Firman Allah swt di dalam surah Ad-Dhuha (93 :11) kira-kira bermaksud
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau ceritakan (dan zahirkan) sebagai tanda bersyukur kepadaNya.
Tengah-tengah browsing buku di MPH Mid Valley, tiba-tiba seorang kawan datang.. Tu, tu.. Datuk A. Samad Said..
Yea.. Datuk A. Samad Said atau lebih mesra dikenali dengan Pak Samad sama seperti digambarkan oleh ramai. Selalu berketrampilan sebagai seorang yang 'simple' dengan shirt, seluar slack dan beg galas. Beliau berjalan berseorangan, sambil membelek-belek buku seorang tanpa disedari oleh orang-orang yang lain di sekitarnya.
Orang yang pertama saya lihat menegur beliau ialah seorang berbangsa cina, dan kemudiannya sekumpulan pelajar-pelajar perempuan, (saya teka je la :P ). Yeah, sebab mereka semua pun ambil gambar, maka saya tidak lepaskan peluang untuk bergambar dengan beliau.
Bersama Datuk A. Samad Said
Datuk A. Samad Said juga pernah muncul dan menarik perhatian masyarakat Malaysia apabila muncul dalam program Gerakan Mansuhkan Pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Tentulah, sebagai seorang yang cintakan bangsa dan negara, pastinya beliau ingin melihat bahasa melayu didaulatkan dan diletakkan di tempat sepatutnya. Bahasa Melayu lambang kesatuan rakyat Malaysia. Dengan Bahasa Melayu jugalah suatu masa dahulu, kita disegani oleh masyarakat dunia.
Silent Protest - Datuk A. Samad Said tidak menjawab atau memberi kenyataan kepada media, beliau berdiam dan hanya mengangkat slogan "JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA"
Mudah-mudahan selepas ini menambah azam dan semangat saya untuk meningkatkan lagi kemahiran menulis dan menjadi pejuang bahasa sepertimana Datuk A.Samad Said, amiin... Kena gi kursus PTS la macam ni...
Untuk membaca lebih lanjut mengenai Sasterawan Negara ini, tuan/puan boleh lah melayari laman web
Pada minggu lepas telah berlangsung satu kursus Fire Protection Engineering Course yang telahpun berlangsung pada 26-27 May 2010 di Hotel Holiday Villa Glenmarie, Shah Alam. Alhamdulillah, saya telah diberi kesempatan untuk menghadiri kursus tersebut. Credit to Bro Firdaus, dari OSH TNBR atas all cost center (lain kali mintak tidur kat hotel la , jauh tu :P. )
Penceramah
Kursus telah disampaikan oleh Engr. Tay Hao Giang, Setiausaha Kehormat, the Institution of Fire Protection Engineer (UK) Cawangan Malaysia (IFEM). Beliau pernah menerima anugerah Emas, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat. Beliau juga terlibat sebagai Komiti Teknikal bagi standard SIRIM dan Standard Malaysia, juga salah seorang co-author dalam buku "Guide to Fire Protection in Malaysia"
Kandungan Kursus
Antara kandungan kursus ialah
Introduction to fire science
active fire protection system
passive fire protection system
automatic fire detection and alarm system
international fire incident review
technical specification, installation, testing and commisioning.
Synopsis
Secara umumnya, dalam kursus ini bukan sahaja didedahkan dengan apa itu fire protection system, tapi tentang kelemahan-kelemahan yang ada didalam sistem kebakaran di Malaysia. Alhamdulillah, suatu ilmu yang baru, yang pada perkiraan saya 'fardhu kifayah', sebab tak ramai orang Islam dan Melayu yang mahir dalam bidang ini.
ayangkan, kalau berlaku kebakaran di Hospital , contohnya Hospital Glenmarie Jalan Ampang, agak-agaknya kat mana nak fire assemble yer.. Bayangkan la org2 dlm wad ICU, sempat atau tidak kita menyelamatkan mereka-mereka dalam tu.. At the end of the course, biasa ar dapat sijil :D
Makanan
Apa-apapun, waktu makan la besh.. Buffet katakan. Hehe..
Yang ni, nasi putih, campur kuey teow, campur kambing bbq, ngan sayur pebende ntah.. hehe :D
Menu kedua, mee goreng, campur ayam masak pe ntah tu, ngan ikan goreng.. weee
Yang ni dari japan kitchen.. sushi ntah pebende ntah yang lain2 tu.. ehntam saje lah labu.. :P
Saya mendapat makluman dari sebuah blog di internet beberapa hari lalu, pemergian seorang sahabat dan teman seperguruan, Cikgu Azam @ Azam Kuala Kangsar.
Perawatan beliau yang rendah diri, murah senyuman, ringan tulang menyebabkan ramai yang mudah bergaul dengan beliau. Beliau merupakan seorang yang pada saya, sangat komited kepada ilmu, terutamanya ilmu perubatan. Boleh dikatakan dimana ada kursus perubatan islam, disitu beliau ada.
Beliau antara yang di luar Kuala Lumpur/Gombak yang komited dengan aktiviti Darussalam. Beliau juga merupakan ahli Darussyifa yang giat membantu masyarakat di sekitar Kuala Kangsar@ Perak.
Kali terakhir saya berjumpa beliau ialah di UIA Gombak. Perjumpaan terakhir yang tidak dirancang, di isi dengan perkongsian ilmu, bertukar pendapat, Kami sempat sama-sama makan semeja, sambil2 berbincang dan memikirkan perjalanan dan hala tuju persatuan
Beliau dimasukkan ke hospital pada 1 Mei 2010 dan meningggal dunia beberapa hari selepas itu. Maafkan saya teman, saya lambat dapat makluman kerana kelemahan saya dalam menyambung silaturrahim... Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmatNya ke pada roh beliau.
Saya tersentuh, bila mengenangkan Allahyarham pernah tinggalkan alamatnya di komen blog ini. Posting pertama blognya yang saya baca, saya kongsikan dibawah.
MasyaAllah!! Sekelip mata sudah menghampiri bulan Mei 2010, bermakna sudah hampir sebulan blog ini tidak dikemaskini. Maaf banyak-banyak kepada pengunjung. InsyaAllah blog ini akan cuba diupdatekan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Sebagai seorang muslim, kita sentiasa digalakkan berpegang kepada kata-kata 'Muslim Yang Sejati Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini" Tak susah tetapi payah, kan? Tak payah tapi rumit. Al-maklumlah kebanyakkan kita mempunyai rutin yang sama setiap hari. Jam 7 pagi keluar pergi kerja, 8 punch card in, 5 ptg punch out, 7 ptg sampai rumah, 8 malam dah tidur, 5 pagi bangun solat Isya' :P Hmm.. Hujung minggu??? Tak yah la buat apa2.. Tidur lagi besh !!! :P Ish.. Lemahnya kita sebagai umat hari ni.
Kini, sudah hampir dua bulan saya berkhidmat di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Bangi. Maka rutin yang saya diatas, membuatkan kita terasa lemahnya diri. Dulu perli member-member yang kerja, aiii, takkan tak sempat nak beramal kot. Akhirnya bila dah bekerja, barulah faham sendiri. Bukan senang nak beramal rupanya. Yang wajib2 je sempat. Yang sunat-sunat, aisei.... Wallahualam.. Kena cepat biasakan diri, kalau tak rugi masa, rugi usia.
Sentiasa membuat yang terbaik dan cuba jadi yang terbaik dalam apa bidang yang diceburi.
Dan setiap apa yang kita pikul itu ialah satu tanggungjawab dan amanah.
Itu yang saya cuba pegang dalam apa yang saya buat. Suatu masa dahulu, dalam Kursus Bina Negara di Biro Tatanegara, fasilitator group saya ialah En Izudin Ali (sekarang ni dikenali Prof Izi @ ala yang poyo2 tu :P ) Dulu die tak sepoyo tu eh, masa saya mula-mula kenal die :P
Anyway, Prof Izi ketika itu, bagi dua kata-kata yang menarik, diambil dari kata-kata Sukarno, mantan Presiden Indonesia suatu ketika dulu.
Quote Pertama
Letakkan cita-citamu setinggi bintang, kerna jika ia jatuh, ia jatuh ke bulan
Jangan letakkan cita-cita mu setinggi awam, kerna jika ia jatuh, ia jatuh ke pelepah (kelapa)
Quote kedua
Berikan aku 10 pemuda, nescaya kan gegarkan dunia
Kata-kata itu, secara tidak langsung memberikan saya satu ransangan untuk cuba jadi terbaik dalam segala bidang. Kenapa? Sebab satu saya pemuda. Pemuda biasanya orang yang kental jiwanya, tinggi semangatnya, kuat staminanya. Maka dengan kekuatan sebagai seorang pemuda, maka saya mula cuba meletakkan cita-cita setinggi bintang :)
Alhamdulillah, ransangan daripada tu, dapat result PMR yang baik ( tak perlu sebut berapa) cuma tidak cukup nak masuk ke Kolej Islam Klang@ KISAS. Ketika itu rasa agak down la juga, sebab Kolej Islam ni tempat belajarnya ulama-ulama dan bukan calang-calang di Malaysia. contoh Dato Dr Haron Din, Dato' Ismail Kamus, Dato Seri Dr Harussani Zakaria, Dr Badrul Amin, dan lain-lain lagi.
Tapi nak jadikan cerita, ditawarkan di Segambut Jaya.Dari penerangan yang diberikan Ust Hadi dari Jabatan Pendidikan Islam & Moral di Jabatan Pendidikan Wilayah Perseketuan, nampak macam not bad la Segambut Jaya ni. Rupa-rupanya, situasi tidak begitu memberangsangkan. Tapi berbekalkan kata-kata diatas tadi, again, kita ni muda, jiwa pun kena muda. Alhamdulillah, berjaya jadi antara yang terbaik SPM ketika itu :)
Nak jadikan cerita, dapat tawaran tajaan PETRONAS untuk ke Universiti Teknologi PETRONAS. Konon-kononnya daripada 100ribu pelajar SPM tahun itu, hanya 20 ribu yang memenuhi syarat, dan daripada 20 ribu itu hanya 5 ribu sahaja di short listed. Dan dari 5 ribu itu hanya 500 sahaja yang berjaya :) Kata Dr Ibrahim Kamarudin, You guys are the cream of the cream, the best of the best that this country (Malaysia) can offer. Huhu.. Again.. Setiap kata-kata itu satu amanah dan tanggungjawab, mampu atau tidak kita memikul 'nama' dan gelaran itu.
Sebagai jurutera, tidak lain tidak bukan kita hendak menjadi Jurutera Profesional Sebagai seorang pelajar, tidak lain tidak bukan pasti hendak menjadi seorang sarjana (PhD) Sebagai seorang pekerja, kita pasti nak menjadi technical expert atau specialist dalam area kita.
Kebelakangan ini saya berjumpa dengan orang yang memberi pelbagai alasan Contoh
Saya belajar Material Science, bukan teknikal , tak faham maintenance tu kena gi tempat lain Saya diploma je, awak degree, Saya tak reti, awak bos ,awaklah decide Saya tak boleh buat kerja ini, tak minat Saya dah tak minat kerja teknikal ,minat pentadbiran
Perkara-perkara ini, memalukan diri sendiri dan memalukan kita sebagai orang Islam. Bila kita terima kerja atau jawatan itu, sepatutnya kita sedar kita memikul amanah Kita yang apply untuk belajar benda tu Kita yang tandatangan surat penerimaan jawatan Tapi kenapa kita mengelak bila kita disuruh buat Sedangkan setiap yang kita buat itu, ada tanggungjawab yang kita pikul
Saya suka berkongsi petua Silat Cekak
Tidak mengelak ke kiri atau ke kanan tapi bergerak maju ke hadapan
Kita sendiri yang tahu, berapa banyak kita dah usaha. Berapa terdaya atau tidak. Potensi manusia itu besar, dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan. Amanah tetap amanah, cuma kita dah usaha 100%. Usaha itu bukanlah semestinya usaha badan sahaja, tapi kenalah usaha secara smart, bijaksana.
Mercedes GP PETRONAS Semasa mula-mula PETRONAS menyatakan minat mereka untuk ke Formula One, ketika itu Sauber PETRONAS. saya secara peribadi tidak berapa minat , kenapa kita perlu nak melabur sedemikian rupa, sedangkan industri automotive negara kita sendiri masih kelam kabut walaupun kita telah memiliki Lotus Engineering. Jadi, saya tidak nampak dan tidak menunjukkan suatu minat pun untuk Formula One walaupun ketika itu hampir semua remaja sebaya saya menceritakan tentang Schumacher.
Pandangan saya terhadap Formula One mula berubah bila melihat, dokumentari disebalik Sauber PETRONAS, bila melihat ada beberapa jurutera Malaysia beragama Islam terlibat didalam proses penyedian Formula One. Mula satu perasaan bangga, yer, Malaysia boleh. Tetapi apabila PETRONAS menyatakan hasrat mereka untuk menamatkan projek Sauber Formula One dan bertukar kepada BMW Sauber Petronas. Wah, perkembangan lagi menarik. Yerla, bayangkan teknologi yang ada pada BMW akan dipelajari oleh orang Malaysia. Kan berita baik tu.
Rupanya semua itu hanyalah sangkaan saya semata-mata. Bila saya ditawarkan untuk menjalani latihan industri di Power Train Technology (PTT), PETRONAS Research Sdn Bhd, barulah saya faham situasi sebenar. Semasa di PTT, kami ditayangkan video tunjuk segala usaha, latihan yang dijalani oleh jurutera-jurutera Sauber. Memang dalam video muka mereka berseri-seri, macam ada something promising . Tapi realiti toya je muka diorang. Rupa-rupanya, BMW Sauber, tidak ada apa-apa teknikal atau knowledge transfer. Sekadar kita sponsor dan diorang berikan sedikit ruang untuk kita tulis nama di kereta. Aiseiman... Patutla tak bermaya.
Anyway sekejap je pun kat PTT, sekali dapat offer kat DaimerChrysler ataupun dikenali sekarang sebagai Mercedes-Benz Malaysia, terus cabut dari PTT. :p Pengalaman Latihan Industri di Merc, sedikit sebanyak banyak membantu kerja yang sekarang ini, alhamdulillah.
So, again bila Petronas umumkan tamat dengan BMW. Kita ingat yeah, dah takde duit rupanya :P Tup2 diorang join venture pulak , sponsor Mercedes-Benz Malaysia. Tapi tema kali ini menarik :
Formula One Greatest Driver - Schumacher 2009 Constructor's Champion Premier Automotive Manufacture - Mercedes Benz Malaysia Leading Oil & Gas Corporation - PETRONAS
I proud with Mercedes GP FormulaOne . First, because I have serve Mercedes-Benz ( 8month so what?:P) and Petronas Research (okeyla One Week, still I do a lot of study during that time :P ). Second, I'm Universiti Teknologi PETRONAS graduate. And as a graduate we always bring university and company (PETRONAS) pride together anywhere we go :)
Anyway, I'm now in leading energy corporation now :D
Dalam video ni, yang paling best saya tengok.
There is only one way, FORWARD !! :)
Kesimpulan di sini, kita kena sentiasa lebih baik dari semalam. Cuba letakkan tujuan dan matlamat kita menjadi yang terbaik, buat yang terbaik dan sampaikan yang terbaik. Dan jangan sentiasa berpuas hati dengan apa yang ada, sentiasa adakan continuous improvement program (CIP) Dan jangan patah balik ke belakang.. Sentiasa ke depan!! :)
2. Sihir Pengasih Dalam Masyarakat Melayu Dan Rawatan Islam Terhadapnya - Paling Laris!!!
3.Hadist-Hasidt Perubatan : Pengantar Kepada Petua Tradisional (RM15)
4. Perubatan Islam Klasik Satu Huraian Asas (RM20)
Cara Bayaran
Langkah 1 - Sila masukkan jumlah bayaran ke akaun Maybank
Akaun Maybank 1144-0509-9776 AZIZAN
Jumlah : (Harga Buku X jumlah pesanan) + (Caj Penghantaran)
Harga Sebuah Buku
1. Saka : Gangguan & Rawatan (RM15) 2. Sihir Pengasih Dalam Masyarakat Melayu Dan Rawatan Islam Terhadapnya (RM15) 3.Hadist-Hasidt Perubatan : Pengantar Kepada Petua Tradisional (RM15) 4. Perubatan Islam Klasik Satu Huraian Asas (RM20)
Caj Penghantaran
1. Semenanjung Malaysia RM 7 2. Sabah & Sarawak RM 12
Contoh
Jumlah : (Buku Saka (RM15) X 2 buah) + ( Semenanjung RM 7) : RM 37
_________________________
Langkah 2- Selepas Pembayaran
1. Sila sms atau emailkan butir-butir pembayaran seperti berikut kepada no tel 012-6685620
Tempahan Buku Nama:Nama Bank:ATM atau OnlineTarikh dan masa bank-in:Alamat
Contoh Tempahan Buku: Saka . Nama:Ahmad Kamil. Nama bank:Maybank Online.Tarikh dan masa bank-in:12jun2009/12:35:45pm. Alamat: Lot 112,Kampung Melayu,40000,Shah Alam,Selangor ________________________
PENTING!!!
Untuk pembayaran online banking, ia mungkin mengambil masa 1-2 hari sebelum dana anda dipindahkan ke akaun kami. Kami hanya menghantar buku ini selepas menerima confirmation dana anda telah diterima dari pihak bank.
Buat masa ini, penghantaran adalah ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak Sahaja. Penghantaran akan dilakukan melalui Pos Ekspres. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 24 jam selepas kami menerima confirmation wang anda telah dimasukkan. Anda akan menerima buku tersebut dalam masa 1-3 hari selepas penghantaran bergantung kepada lokasi. Penghantaran Pos Ekspres adalah cepat dan selamat.
Kami akan menghantar confirmation email bersamaan tracking number penghantaran apabila Buku Di Poskan. Tracking number boleh digunakan untuk menyemak status penghantaran secara online di www.pos.com.my Pastikan maklumat anda berikan adalah betul.
Azizan Ramly is an engineer with more then 5 years of experience in Building Services Engineering, Air-Condition, High Voltage Maintenance, Procurement and Project Management.
Azizan completed his first degree in Mechanical Engineering at the Universiti Teknologi PETRONAS. He is now serving a Government Linked Company (GLC) as an Executive / Mechanical Engineer in Kajang/Putrajaya.
His interest is also, not limits to Alternative Medicine, Personal Development, Financial Planning, Music and Arts.
Setelah berbulan blog ini bersawang, jari jemariku kini mula rasa gatal2 untuk menulis entry yang pertama untuk tahun ini. Tengok blog kawan...
Disclaimer
Copyright of Azizan Ramly. All Right Reserved Entries are based on my own personal views and do not potray nor represent the views of any individual or organization.
It would be appreciated that any material taken from this blog to be properly quoted. It is also advisable to refer the original source of articles for further clarification if required.
This blog is best viewed in Google Chrome (because that is what I am currently using now :P)