Thursday, July 9, 2015

Hari-Hari Terakhir Ramadhan

Dalam masa tak sampai beberapa hari penghujung Ramadhan
Masa nak renung kembali.
Baik buruk tindakan selama setahun ni
Apa tambah baiknya ?
apa yang makin kurang.

Monday, January 20, 2014

First Entry 2014


2013


Tahun penuh liku
Banyak cabaran
ada yang tewas
ada yang berjaya dilepasi
ada yang masih belum terjawab


Maka nikmat Tuhan kamu , ceritakanlah.... 


Alhamdulillah, nikmat Allah beri

Terbit satu buku ...
Komisen bertambah
Kesihatan masih dalam good control/condition..

Habis satu hutang (loan education Petronas)

Sambung belajar (Master)
Tamat  Board of Engineer BEM Mandatory Course

kenal dan berkawan dengan ramai org

konsisten bantu orang yang memerlukan

Ahli keluarga bertambah seorang
Penyejuk mata, penawar hati...






Friday, August 24, 2012

Raya Ke 4- Muara Sg. Duyong, Melaka

Seperti kebiasaan tahun-tahun lepas, kami sekeluarga pasti tidak akan melepaskan peluang untuk beraya ke Melaka. Perjalanan ke Melaka tidah sah, sekiranya tidak singgah makan di Muara Sg. Duyong, Melaka.
Harga berpatutan dan munasabah.

Menu Makan Malam RM 170++ untuk 8 orang =)

  1. Ikan Siakap Bakar
  2. Ikan Siakap Masak 3 Rasa
  3. Udang Masak Sambal 1/2 kg
  4. Sotong Tepung Goreng 2 ekor
  5. Sayur Campur
  6. Air Tebu Sejag
  7. Air Kelapa Sejag
  8. Otak-Otak 10
  9. Dadih


Udang, Sotong Tepung & Sayur Campur
 


 Udang Lagi



Air Kelapa

 
 Ikan Bakar Asam

Ikan Bakar Masak 3 Rasa

Thursday, March 8, 2012

Dah 2 Tahun @ TNBR


Hari ni dah genap 2 tahun kerja di TNBR
alhamdulillah, insyaAllah rezeki yang berkat
walaupun tak mewah..
tapi cukup..

menjadi sebahagian dari warga TNB
kenal ramai orang
dari juruteknik, kerani sampailah kepada top gun
menarik!!
sebab setiap orang ada sejarahnya sendiri.

Kerja sebagai Eksekutif bagi keseluruhan fasiliti disini
Dari segi teknikal, tak banyak belajar kat sini
Bende kebanyakan Bukan kritikal, boleh amik masa untuk tender...
Tapi dari segi operasi alhamdulillah, banyak kebebasan..
tapi not anymore..
sbb orang yang bukan bidangnya, terlebih pandai~~
sarcasm... yes!!

anyway,
yang paling penting
belajar kenal orang
kenal perangai orang...

Apa-apapun.. mudah-mudahan Allah bukakan peluang
untuk belajar benda lain selain dari apa yang dah dipelajari hari ni

:)
Posted on by [Azizan Ramly] | 1 comment

Friday, January 20, 2012

Friday, January 13, 2012

Aikido Class

After a while, i felt like i'm not fit as what i was during my school time. cewah :P So, i decided to join back aikido class, or to be specific aikikai style. This is the same style that I practice under Sensei Junaidi 1o years ago . Previously, sensei Junaidi is law student in uia and previous UIA Aikido Club President. He make extra income by opening aikido class for Al-Amin students.

After some searching, i found Wangsa Maju Dojo


The fees is as followed

Registration (once) RM 100
Monthly fees RM 100 (Adult) RM 50 (kid)
Gee / Uniform RM 60 -RM100 (depend on your size)

The class schedule is as followed

Monday 7.30 pm - 8.30 pm ( muslim of course can pray first :P)
Saturday 5.00 pm - 6.00 pm

Hopefully this time i'll be more istiqamah and at least complete practice till 1st Dan :)
___________________________________________________________________

From Wikipedia.

Aikido (合気道 Aikidō?) is a Japanese martial art developed by Morihei Ueshiba as a synthesis of his martial studies, philosophy, and religious beliefs. Aikido is often translated as "the Way of unifying (with) life energy"[1] or as "the Way of harmonious spirit."[2] Ueshiba's goal was to create an art that practitioners could use to defend themselves while also protecting their attacker from injury.[3][4]

Aikido is performed by blending with the motion of the attacker and redirecting the force of the attack rather than opposing it head-on. This requires very little physical strength, as the aikidōka (aikido practitioner) "leads" the attacker's momentum using entering and turning movements. The techniques are completed with various throws or joint locks.[5]

Aikido derives mainly from the martial art of Daitō-ryū Aiki-jūjutsu, but began to diverge from it in the late 1920s, partly due to Ueshiba's involvement with the Ōmoto-kyō religion. Ueshiba's early students' documents bear the term aiki-jūjutsu.[6]

Ueshiba's senior students have different approaches to aikido, depending partly on when they studied with him. Today aikido is found all over the world in a number of styles, with broad ranges of interpretation and emphasis. However, they all share techniques learned from Ueshiba and most have concern for the well-being of the attacker
Posted on by [Azizan Ramly] | 3 comments

Wednesday, January 11, 2012

Perutusan Tahun Baru 2012

Salam Bloggers!!

Setelah berbulan-bulan meninggal dunia blogging, sempat lah mencilok seminit dua untuk 'update' blog yang berhabuk dan bersawang ni :)

Alhamdulillah umur dah pun mendahului 25 tahun (birthday bulan Disember), maka tahun ini mula melangkah umur ke 26 tahun. Sedikit sebanyak pengalama setahun sudah menjadikan diri semakin matang mendatangi masa-masa hadapan. Mudah-mudah umur makin banyak, ilmu dan amal makin bertambah, fikiran makin matang, jiwa makin tenang, mudah-mudahan Allah makin sayang :)

Dari segi pencapaian keduniaan, alhamdulillah, dah diserap dalam jawatan dan dapat beli sebiji kereta toyota. Dari segi ilmu dunia untuk akhirat, alhamdulillah dah dapat pengiktirafan baik dari persatuannya kepada guru yang mengajar Alhamdulillah, kurnia Allah s.w.t.


So, what's next (2012)?


Hal-Hal Dunia
  • Sambung Master dalam Mechanical Engineering
  • berlatih Aikido paling kurang sampai 3rd Kyu
  • cari peluang nak beli rumah
  • cari peluang nak dapat side-income
  • Pasang tinted kat kereta (untuk energy efficiency /fuel saving :P)
  • Pasang DVD dalam kereta (mudah nak dengar ceramah :P)


Hal-Hal Akhirat

  • nak target banyakkan kali khatam qur'an (3-4 bulan sekali, mudah-mudahan)
  • nak hafal surah-surah yang 7
  • nak hafal juz 'amma
  • nak konsisten beramal dengan zikir Hisnul Muslim (pagi/petang/malam/bangun tidur/lepas solat)
  • nak attend kursus-kursus penghayatan solat dan jenazah


Cukup lah tu kot, mudah-mudahan Allah memberkati dan merestui.


Azizan Ramly

Kajang, 12 Januari 2012


Tuesday, September 6, 2011

Episod Baru



Mula-mula sekali, tidak seronok rasanya jika penulis tidak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para pengunjung. Sepuluh jari disusun mohon ampun dan maaf atas kesilapan sepanjang perkenalan penulis dan pengunjung laman sesawang ini. Moga ukhwah kita berkekalan dan sentiasa didalam keredhaanNya, insyaAllah

Pemandangan TNBR


September 2011 ialah satu permulaan bagi episod baru dalam kehidupan penulis sebagai Eksekutif dan Ketua Seksyen bagi Seksyen Pengurusan Fasiliti Penyelidikan atau didalam bahasa Inggeris disebut Research Facility Management yang telah disahkan dalam perkhidmatan selepas berkhidmat secara kontrak selama 18 bulan di TNB Research Sdn. Bhd. Penulis masih belum lagi memberi sebarang jawapan atau maklumbalas kepada TNBR, walaubagaimanapun hingga kesaat jejari menaip di papan kekunci ini, rasanya tiadalah tempat lain dikepala. InsyaAllah semuanya akan tetap sebelum hujung minggu ini.


Alhamdulillah, sepanjang 18 bulan berkhidmat di TNBR, banyak pengalaman beberapa diperolehi daripada hasil pembelajaran, menghadiri kursus, 'on-field training' dan sebagainya. Antaranya sebagai Pengurus Tenaga Bertauliah @ Certified Energy Manager dan Juruaudit Keselamatan TNB @ TNB Safety Excellent Management System. InsyaAllah penulis akan berkongsi maklumat lengkap mengenai kedua-dua program ini di masa hadapan.


Sepanjang 18 bulan lepas, penulis setapak demi setapak menyusun langkah untuk kembali bangkit. Bermula dengan menamatkan pembelajaran di UTP , penulis mula berdaftar dengan Board of Engineer (BEM) dan the Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebagai Jurutera Siswazah @ Graduate Engineer. Pendaftaran dengan kedua-dua badan jurutera ini bukanlah sesuatu yang susah, mungkin juga ada yang memandang rendah, tapi percayalah tak sampai 10 peratus pun yang berdaftar sebaik sahaja selepas graduasi. Petikan dibawah adalah sekadar renungan bersama


Seksyen 24A (1), Akta Pendaftaran Jurutera 1967

"No person shall employ a person, sole proprietorship, partnership or body corporate, other than aregistered Engineer or an Engineering consultancy practice, to perform professional engineering services"


Rancangan masa hadapan? Dua tahun dari sekarang ?
Emm.. Kahwin & sambung master... err.. Sambung master dan kahwin... Sekian...tiada komen. and dptkan title professional engineer.

Perubatan Islam macamana?
Masih on. masa 2 tahun ini tak disia-siakan, penulis anggapnya sebagai cuti belajar dan berlatih/praktikal (beramal). ibarat selepas dapat ijazah, sekarang sambung master jugak, by thesis & coursework ataupun post-diploma kan.. cewah :P Kebenaran akan datang jua. Apabila kebenaran datang, yang bathil akan lenyap.

Alhamdulillah, banyak guru dan fasilitator yang mendidik dan tanpa jemu berkongsi ilmu. Ilmu bertambah kawan bertambah, mudah-mudahan iman pun bertambah. Jika nak bandingkan dulu dan sekarang, banyak lainnya, banyak bezanya. InsyaAllah mudah-mudahan diperkenankanNya.

Tajuk Posting akan datang?
Er.. mungkin nak cerita pasal Building Service Engineering/Facility Management dan sedikit applikasinya dengan TNBR
Posted on by [Azizan Ramly] | 1 comment

Tuesday, January 18, 2011

2011 First Entry =)

Setelah berbulan blog ini bersawang, jari jemariku kini mula rasa gatal2 untuk menulis entry yang pertama untuk tahun ini. Tengok blog kawan2, 'interface' makin cantik, 'gadjet' makin bertambah, malah penulisan makin mantap, maka ku pun nak cuba kembali bertatih.


Ulang Tahun Ke Tiga Blog Berjalan & Melihat

Sedar tak sedar, blog Berjalan & Melihat ini sudah pun berusia tiga tahun. Beberapa entry pertama blog ini telah terpadam secara tidak sengaja semasa proses . Ku pejam dan cuba kembali ke masa silam untuk mengigati tujuan dan kenapa ku menamakan blog ini Berjalan & Melihat dan ilham untuk menulis.

Secara ringkasnya, ku tulis blog ini pada minggu ke tiga bulan Desember 2007, bertempat di Taman Peramu Jaya, Pekan, Pahang. Entry pertama itu ialah pengalaman pertama ku mengharungi banjir besar di Pekan, Pahang yang dikatakan banjir terbesar dalam tempoh 20 tahun ini. Cuba untuk mengabadikan pengalaman, pahit getir, sketsa, ragam manusia ketika banjir dan ku sebagai seorang kelana yang menumpang di tanah orang, maka timbullah idea untuk menamakan sebagai Berjalan & Melihat, untuk merakamkan suasana, dan bukannya menghukum atau menghurai sesuatu perkara dari pespektif sendiri

Segala puji bagi Allah, blog ini bukan sahaja sebagai satu wardah tempat ku berceloteh, tapi masyaAllah menjadi tempat penyambung silaturrahim. Kemana ku pergi, ada yang bertanya saya pernah nampak awak tetapi di mana ya ??? Alhamdulillah.


Pecahan blog Berjalan & Melihat

Blog ini pada asalnya terbahagi kepada tiga segmen utama (3) dan sengaja dipisahkan bersesuaian dengan tajuknya niaitu

  1. Berjalan & Melihat
  2. Khazanah Buku
  3. Perubatan Islam

Apabila ku tulis pecahan blog ini, bukanlah bererti aku yang terbaik, tetapi ku ingin kongsi sedikit khazanah yang dicurahkan oleh guru-guru yang umpama perpustakaan- perpustakaan ilmu dan yang sedikit dapat kukutip kedalam poket ku yang bocor, sesuai dengan sabda nabi "Sampaikan walaupun satu ayat"


Bagaimanapun setelah diperbuat timbang-tara, maka blog perubatan islam itu walaupun tidak ada dosa (pada hemat saya) di padamkan memandangkan kedhaifan ilmu yang ada pada diriku ini disamping untuk meredakan fitnah dan tohmahan penulisan itu bertujuan untuk memenuhi kepentingan duniawi. Maka sesungguhnya ingatlah Allah tidak akan lupa dan Allah apabila menyeksa dan menghukum (di akhirat) , Allah akan menyeksa sebagai orang yang bengis.

Memandangkan ilmu tersebut telah dipadamkan, ku akan usahakan untuk menghimpunkan di dalam bentuk soft copy. Sekiranya Allah berkehendak ianya tersebar, akan Allah bukakan jalan Bila dan bagaimana? Biarlah masa menentukan.


Tahun 2010

Tahun 2010 padaku merupakan tahun yang penuh suka duka, pahit getir, pahit manis sehingga kadang-kala ku terasa nak meninggalkan semua yang ada dan bermula dengan baru, ditempat baru dan dengan suasana yang baru. Ujian satu demi satu datang, tak semua dapat ku tepis, sedikit sebanyak satu demi satu kena tepat di dada. Sakit dan pedihnya hanya Allah tempat ku mengadu.

Walau perit mana pun jalan yang telah atau akan kulalui ,ku selalu letak di dalam hati lebih perit jalan yang dilalui oleh ulama'2 silam. Ada yang dihalau, ada yang difitnah, ada yang di hina dan macam2. Apa yang ku lalui ini hanyalah asam garam kehidupan yang tidak mungkin dapat diajar didalam kelas-kelas formal hatta di universiti terbaik dunia.



Dan Nikmat Tuhan Kamu, Maka Ceritakanlah


Blog ini merupakan blog peribadi saya mengenai apa yang saya hendak berkongsi kepada dunia , mudah-mudahan sekurang-kurangnya sedikit mampu memberi manfaat. Anda bebas untuk membaca dan komen (bergantung kepada pertimbangan saya). Silalah baca disclaimer di sebelah kanan blog yang ditulis dengan bahasa yang cukup mudah sekiranya anda bukan termasuk dalam kategori yang bebal atau orang yang Allah tutup pintu kefahamannya.


Firman Allah swt di dalam surah Ad-Dhuha (93 :11) kira-kira bermaksud

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau ceritakan (dan zahirkan) sebagai tanda bersyukur kepadaNya.


Salam hormat,


Blogger Berjalan & Melihat
Posted on by [Azizan Ramly] in | 1 comment

Sunday, June 6, 2010

Seketika Bersama Datuk A. Samad Said


Tengah-tengah browsing buku di MPH Mid Valley, tiba-tiba seorang kawan datang.. Tu, tu.. Datuk A. Samad Said..

Yea.. Datuk A. Samad Said atau lebih mesra dikenali dengan Pak Samad sama seperti digambarkan oleh ramai. Selalu berketrampilan sebagai seorang yang 'simple' dengan shirt, seluar slack dan beg galas. Beliau berjalan berseorangan, sambil membelek-belek buku seorang tanpa disedari oleh orang-orang yang lain di sekitarnya.

Orang yang pertama saya lihat menegur beliau ialah seorang berbangsa cina, dan kemudiannya sekumpulan pelajar-pelajar perempuan, (saya teka je la :P ). Yeah, sebab mereka semua pun ambil gambar, maka saya tidak lepaskan peluang untuk bergambar dengan beliau.


Bersama Datuk A. Samad Said


Datuk A. Samad Said juga pernah muncul dan menarik perhatian masyarakat Malaysia apabila muncul dalam program Gerakan Mansuhkan Pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Tentulah, sebagai seorang yang cintakan bangsa dan negara, pastinya beliau ingin melihat bahasa melayu didaulatkan dan diletakkan di tempat sepatutnya. Bahasa Melayu lambang kesatuan rakyat Malaysia. Dengan Bahasa Melayu jugalah suatu masa dahulu, kita disegani oleh masyarakat dunia.




Silent Protest - Datuk A. Samad Said tidak menjawab atau memberi kenyataan kepada media, beliau berdiam dan hanya mengangkat slogan "JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA"


Mudah-mudahan selepas ini menambah azam dan semangat saya untuk meningkatkan lagi kemahiran menulis dan menjadi pejuang bahasa sepertimana Datuk A.Samad Said, amiin... Kena gi kursus PTS la macam ni...

Untuk membaca lebih lanjut mengenai Sasterawan Negara ini, tuan/puan boleh lah melayari laman web

  1. Hujan Pagi - Blog A. Samad Said
  2. Wira Bukit- Syarikat Yang Menerbitkan Karya Datuk A Samad Said
  3. Wikipedia - A.Samad Said
  4. Facebook - A.Samad Said
Posted on by [Azizan Ramly] | 1 comment

Sunday, May 30, 2010

Fire Protection Engineering Course

Assalamualaikum wbt,

Pada minggu lepas telah berlangsung satu kursus Fire Protection Engineering Course yang telahpun berlangsung pada 26-27 May 2010 di Hotel Holiday Villa Glenmarie, Shah Alam. Alhamdulillah, saya telah diberi kesempatan untuk menghadiri kursus tersebut. Credit to Bro Firdaus, dari OSH TNBR atas all cost center (lain kali mintak tidur kat hotel la , jauh tu :P. )



Penceramah

Kursus telah disampaikan oleh Engr. Tay Hao Giang, Setiausaha Kehormat, the Institution of Fire Protection Engineer (UK) Cawangan Malaysia (IFEM). Beliau pernah menerima anugerah Emas, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat. Beliau juga terlibat sebagai Komiti Teknikal bagi standard SIRIM dan Standard Malaysia, juga salah seorang co-author dalam buku "Guide to Fire Protection in Malaysia"

Kandungan Kursus

Antara kandungan kursus ialah

  • Introduction to fire science
  • active fire protection system
  • passive fire protection system
  • automatic fire detection and alarm system
  • international fire incident review
  • technical specification, installation, testing and commisioning.

Synopsis

Secara umumnya, dalam kursus ini bukan sahaja didedahkan dengan apa itu fire protection system, tapi tentang kelemahan-kelemahan yang ada didalam sistem kebakaran di Malaysia. Alhamdulillah, suatu ilmu yang baru, yang pada perkiraan saya 'fardhu kifayah', sebab tak ramai orang Islam dan Melayu yang mahir dalam bidang ini.
ayangkan, kalau berlaku kebakaran di Hospital , contohnya Hospital Glenmarie Jalan Ampang, agak-agaknya kat mana nak fire assemble yer.. Bayangkan la org2 dlm wad ICU, sempat atau tidak kita menyelamatkan mereka-mereka dalam tu.. At the end of the course, biasa ar dapat sijil  :D



Makanan

Apa-apapun, waktu makan la besh.. Buffet katakan. Hehe..



Yang ni, nasi putih, campur kuey teow, campur kambing bbq, ngan sayur pebende ntah.. hehe :D


Menu kedua, mee goreng, campur ayam masak pe ntah tu, ngan ikan goreng.. weee




Yang ni dari japan kitchen.. sushi ntah pebende ntah yang lain2 tu.. ehntam saje lah labu.. :P


 Last but not least, appetizer. ice cream.. hehee



Teman sekursus.
Posted on by [Azizan Ramly] | 4 comments

Sunday, May 16, 2010

Pemergian Seorang Muallij dan sahabat perjuangan

Saya mendapat makluman dari sebuah blog di internet beberapa hari lalu, pemergian seorang sahabat dan teman seperguruan, Cikgu Azam @ Azam Kuala Kangsar.

Perawatan beliau yang rendah diri, murah senyuman, ringan tulang menyebabkan ramai yang mudah bergaul dengan beliau. Beliau merupakan seorang yang pada saya, sangat komited kepada ilmu, terutamanya ilmu perubatan. Boleh dikatakan dimana ada kursus perubatan islam, disitu beliau ada.

Beliau antara yang di luar Kuala Lumpur/Gombak yang komited dengan aktiviti Darussalam. Beliau juga merupakan ahli Darussyifa yang giat membantu masyarakat di sekitar Kuala Kangsar@ Perak.

Kali terakhir saya berjumpa beliau ialah di UIA Gombak. Perjumpaan terakhir yang tidak dirancang, di isi dengan perkongsian ilmu, bertukar pendapat, Kami sempat sama-sama makan semeja, sambil2 berbincang dan memikirkan perjalanan dan hala tuju persatuan

Beliau dimasukkan ke hospital pada 1 Mei 2010 dan meningggal dunia beberapa hari selepas itu. Maafkan saya teman, saya lambat dapat makluman kerana kelemahan saya dalam menyambung silaturrahim... Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmatNya ke pada roh beliau.

Saya tersentuh, bila mengenangkan Allahyarham pernah tinggalkan alamatnya di komen blog ini. Posting pertama blognya yang saya baca, saya kongsikan dibawah.


Sama-sama kita renungi...

http://azamanakfelda.blogspot.com/2009/09/esok-bila-ayah-pergi.html

Sunday, April 18, 2010

Hari ini mestil ebih baik dari semalam

Assalamualaikum wbt,

MasyaAllah!! Sekelip mata sudah menghampiri bulan Mei 2010, bermakna sudah hampir sebulan blog ini tidak dikemaskini. Maaf banyak-banyak kepada pengunjung. InsyaAllah blog ini akan cuba diupdatekan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Sebagai seorang muslim, kita sentiasa digalakkan berpegang kepada kata-kata 'Muslim Yang Sejati Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini" Tak susah tetapi payah, kan? Tak payah tapi rumit. Al-maklumlah kebanyakkan kita mempunyai rutin yang sama setiap hari. Jam 7 pagi keluar pergi kerja, 8 punch card in, 5 ptg punch out, 7 ptg sampai rumah, 8 malam dah tidur, 5 pagi bangun solat Isya' :P Hmm.. Hujung minggu??? Tak yah la buat apa2.. Tidur lagi besh !!! :P Ish.. Lemahnya kita sebagai umat hari ni.

Kini, sudah hampir dua bulan saya berkhidmat di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Bangi. Maka rutin yang saya diatas, membuatkan kita terasa lemahnya diri. Dulu perli member-member yang kerja, aiii, takkan tak sempat nak beramal kot. Akhirnya bila dah bekerja, barulah faham sendiri. Bukan senang nak beramal rupanya. Yang wajib2 je sempat. Yang sunat-sunat, aisei.... Wallahualam.. Kena cepat biasakan diri, kalau tak rugi masa, rugi usia.


Menjalankan Tanggungjawab Sebaik Mungkin, Jangan Mengelak

Sentiasa membuat yang terbaik dan cuba jadi yang terbaik dalam apa bidang yang diceburi.

Dan setiap apa yang kita pikul itu ialah satu tanggungjawab dan amanah
.

Itu yang saya cuba pegang dalam apa yang saya buat. Suatu masa dahulu, dalam Kursus Bina Negara di Biro Tatanegara, fasilitator group saya ialah En Izudin Ali (sekarang ni dikenali Prof Izi @ ala yang poyo2 tu :P ) Dulu die tak sepoyo tu eh, masa saya mula-mula kenal die :P

Anyway, Prof Izi ketika itu, bagi dua kata-kata yang menarik, diambil dari kata-kata Sukarno, mantan Presiden Indonesia suatu ketika dulu.


Quote Pertama

Letakkan cita-citamu setinggi bintang,
kerna jika ia jatuh, ia jatuh ke bulan

Jangan letakkan cita-cita mu setinggi awam,
kerna jika ia jatuh, ia jatuh ke pelepah (kelapa)

Quote kedua

Berikan aku 10 pemuda, nescaya kan gegarkan dunia

Kata-kata itu, secara tidak langsung memberikan saya satu ransangan untuk cuba jadi terbaik dalam segala bidang. Kenapa? Sebab satu saya pemuda. Pemuda biasanya orang yang kental jiwanya, tinggi semangatnya, kuat staminanya. Maka dengan kekuatan sebagai seorang pemuda, maka saya mula cuba meletakkan cita-cita setinggi bintang :)

Alhamdulillah, ransangan daripada tu, dapat result PMR yang baik ( tak perlu sebut berapa) cuma tidak cukup nak masuk ke Kolej Islam Klang@ KISAS. Ketika itu rasa agak down la juga, sebab Kolej Islam ni tempat belajarnya ulama-ulama dan bukan calang-calang di Malaysia. contoh Dato Dr Haron Din, Dato' Ismail Kamus, Dato Seri Dr Harussani Zakaria, Dr Badrul Amin, dan lain-lain lagi.

Tapi nak jadikan cerita, ditawarkan di Segambut Jaya.Dari penerangan yang diberikan Ust Hadi dari Jabatan Pendidikan Islam & Moral di Jabatan Pendidikan Wilayah Perseketuan, nampak macam not bad la Segambut Jaya ni. Rupa-rupanya, situasi tidak begitu memberangsangkan. Tapi berbekalkan kata-kata diatas tadi, again, kita ni muda, jiwa pun kena muda. Alhamdulillah, berjaya jadi antara yang terbaik SPM ketika itu :)

Nak jadikan cerita, dapat tawaran tajaan PETRONAS untuk ke Universiti Teknologi PETRONAS. Konon-kononnya daripada 100ribu pelajar SPM tahun itu, hanya 20 ribu yang memenuhi syarat, dan daripada 20 ribu itu hanya 5 ribu sahaja di short listed. Dan dari 5 ribu itu hanya 500 sahaja yang berjaya :) Kata Dr Ibrahim Kamarudin, You guys are the cream of the cream, the best of the best that this country (Malaysia) can offer. Huhu.. Again.. Setiap kata-kata itu satu amanah dan tanggungjawab, mampu atau tidak kita memikul 'nama' dan gelaran itu.

Sebagai jurutera, tidak lain tidak bukan kita hendak menjadi Jurutera Profesional
Sebagai seorang pelajar, tidak lain tidak bukan pasti hendak menjadi seorang sarjana (PhD)
Sebagai seorang pekerja, kita pasti nak menjadi technical expert atau specialist dalam area kita.

Kebelakangan ini saya berjumpa dengan orang yang memberi pelbagai alasan
Contoh

Saya belajar Material Science, bukan teknikal , tak faham maintenance tu kena gi tempat lain
Saya diploma je, awak degree,
Saya tak reti, awak bos ,awaklah decide
Saya tak boleh buat kerja ini, tak minat
Saya dah tak minat kerja teknikal ,minat pentadbiran

Perkara-perkara ini, memalukan diri sendiri dan memalukan kita sebagai orang Islam.
Bila kita terima kerja atau jawatan itu, sepatutnya kita sedar kita memikul amanah
Kita yang apply untuk belajar benda tu
Kita yang tandatangan surat penerimaan jawatan
Tapi kenapa kita mengelak bila kita disuruh buat
Sedangkan setiap yang kita buat itu, ada tanggungjawab yang kita pikul


Saya suka berkongsi petua Silat Cekak

Tidak mengelak ke kiri atau ke kanan
tapi bergerak maju ke hadapan

Kita sendiri yang tahu, berapa banyak kita dah usaha. Berapa terdaya atau tidak. Potensi manusia itu besar, dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan. Amanah tetap amanah, cuma kita dah usaha 100%. Usaha itu bukanlah semestinya usaha badan sahaja, tapi kenalah usaha secara smart, bijaksana.


Mercedes GP PETRONAS

Semasa mula-mula PETRONAS menyatakan minat mereka untuk ke Formula One, ketika itu Sauber PETRONAS. saya secara peribadi tidak berapa minat , kenapa kita perlu nak melabur sedemikian rupa, sedangkan industri automotive negara kita sendiri masih kelam kabut walaupun kita telah memiliki Lotus Engineering. Jadi, saya tidak nampak dan tidak menunjukkan suatu minat pun untuk Formula One walaupun ketika itu hampir semua remaja sebaya saya menceritakan tentang Schumacher.

Pandangan saya terhadap Formula One mula berubah bila melihat, dokumentari disebalik Sauber PETRONAS, bila melihat ada beberapa jurutera Malaysia beragama Islam terlibat didalam proses penyedian Formula One. Mula satu perasaan bangga, yer, Malaysia boleh.
Tetapi apabila PETRONAS menyatakan hasrat mereka untuk menamatkan projek Sauber Formula One dan bertukar kepada BMW Sauber Petronas. Wah, perkembangan lagi menarik. Yerla, bayangkan teknologi yang ada pada BMW akan dipelajari oleh orang Malaysia. Kan berita baik tu.

Rupanya semua itu hanyalah sangkaan saya semata-mata. Bila saya ditawarkan untuk menjalani latihan industri di Power Train Technology (PTT), PETRONAS Research Sdn Bhd, barulah saya faham situasi sebenar. Semasa di PTT, kami ditayangkan video tunjuk segala usaha, latihan yang dijalani oleh jurutera-jurutera Sauber. Memang dalam video muka mereka berseri-seri, macam ada something promising . Tapi realiti toya je muka diorang. Rupa-rupanya, BMW Sauber, tidak ada apa-apa teknikal atau knowledge transfer. Sekadar kita sponsor dan diorang berikan sedikit ruang untuk kita tulis nama di kereta. Aiseiman... Patutla tak bermaya.

Anyway sekejap je pun kat PTT, sekali dapat offer kat DaimerChrysler ataupun dikenali sekarang sebagai Mercedes-Benz Malaysia, terus cabut dari PTT. :p Pengalaman Latihan Industri di Merc, sedikit sebanyak banyak membantu kerja yang sekarang ini, alhamdulillah.

So, again bila Petronas umumkan tamat dengan BMW. Kita ingat yeah, dah takde duit rupanya :P Tup2 diorang join venture pulak , sponsor Mercedes-Benz Malaysia. Tapi tema kali ini menarik :

Formula One Greatest Driver - Schumacher
2009 Constructor's Champion
Premier Automotive Manufacture - Mercedes Benz Malaysia
Leading Oil & Gas Corporation - PETRONAS

I proud with Mercedes GP Formula One . First, because I have serve Mercedes-Benz ( 8month so what?:P) and Petronas Research (okeyla One Week, still I do a lot of study during that time :P ). Second, I'm Universiti Teknologi PETRONAS graduate. And as a graduate we always bring university and company (PETRONAS) pride together anywhere we go :)

Anyway, I'm now in leading energy corporation now :D





Dalam video ni, yang paling best saya tengok.

There is only one way, FORWARD !! :)

Kesimpulan di sini, kita kena sentiasa lebih baik dari semalam. Cuba letakkan tujuan dan matlamat kita menjadi yang terbaik, buat yang terbaik dan sampaikan yang terbaik. Dan jangan sentiasa berpuas hati dengan apa yang ada, sentiasa adakan continuous improvement program (CIP) Dan jangan patah balik ke belakang.. Sentiasa ke depan!! :)
Posted on by [Azizan Ramly] in | 1 comment

Wednesday, March 17, 2010

Untuk Dijual - Buku-Buku Perubatan Islam

Buku Terbitan Ulul Albab Enterprise

Karangan : Syeikh Hanafi Rahman Al-Fesfanji





1. Saka : Gangguan & Rawatan (RM15)
- TERBARU!!!!



2. Sihir Pengasih Dalam Masyarakat Melayu Dan Rawatan Islam Terhadapnya - Paling Laris!!!


3.Hadist-Hasidt Perubatan : Pengantar Kepada Petua Tradisional (RM15)



4. Perubatan Islam Klasik Satu Huraian Asas (RM20)





Cara Bayaran

Langkah 1 - Sila masukkan jumlah bayaran ke akaun Maybank


Akaun Maybank 1144-0509-9776 AZIZAN


Jumlah : (Harga Buku X jumlah pesanan) + (Caj Penghantaran)


Harga Sebuah Buku


1. Saka : Gangguan & Rawatan (RM15)
2. Sihir Pengasih Dalam Masyarakat Melayu Dan Rawatan Islam Terhadapnya (RM15)
3.Hadist-Hasidt Perubatan : Pengantar Kepada Petua Tradisional (RM15)
4. Perubatan Islam Klasik Satu Huraian Asas (RM20)


Caj Penghantaran

1. Semenanjung Malaysia RM 7
2. Sabah & Sarawak RM 12


Contoh

Jumlah : (Buku Saka (RM15) X 2 buah) + ( Semenanjung RM 7)
: RM 37

_________________________


Langkah 2- Selepas Pembayaran

1. Sila sms atau emailkan butir-butir pembayaran seperti berikut kepada no tel 012-6685620

Tempahan Buku Nama:Nama Bank:ATM atau OnlineTarikh dan masa bank-in:Alamat

Contoh

Tempahan Buku: Saka . Nama:Ahmad Kamil. Nama bank:Maybank Online.Tarikh dan masa bank-in:12jun2009/12:35:45pm. Alamat: Lot 112,Kampung Melayu,40000,Shah Alam,Selangor

________________________

PENTING
!!!

Untuk pembayaran online banking, ia mungkin mengambil masa 1-2 hari sebelum dana anda dipindahkan ke akaun kami. Kami hanya menghantar buku ini selepas menerima confirmation dana anda telah diterima dari pihak bank.

Buat masa ini, penghantaran adalah ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak Sahaja. Penghantaran akan dilakukan melalui Pos Ekspres. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 24 jam selepas kami menerima confirmation wang anda telah dimasukkan. Anda akan menerima buku tersebut dalam masa 1-3 hari selepas penghantaran bergantung kepada lokasi. Penghantaran Pos Ekspres adalah cepat dan selamat.

Kami akan menghantar confirmation email bersamaan tracking number penghantaran apabila Buku Di Poskan. Tracking number boleh digunakan untuk menyemak status penghantaran secara online di www.pos.com.my Pastikan maklumat anda berikan adalah betul.

Posted on by [Azizan Ramly] | 1 comment

Friday, March 12, 2010

Update 12/3/2010

1. Minggu ni kali pertama saya melihat majlis pengislaman seorang lelaki ditangan Al-Fadhil Dato Dr Haron Din. (Biasanya asyik tengok perawat islamkan jin :P)

Lelaki ini kemudiannya diberi nama Mohamad Fahmi oleh Ust Haron Din, kira-kira dengan harapan supaya mudah lelaki ini memahami mengenai Islam. Alhamdulillah!! Allahuakbar!!


2. Minggu ini juga ialah minggu pertama saya bekerja. Alhamdulillah, tempat kerja pun OK, gaji pun OK, medical banefit pun not bad. Kerjanya taklah susah tapi tak juga senang. Alhamdulillah, boleh kata subjek-subjek amik masa final year dulu banyak membantu. Refrigeration & Air-Conditioning, Energy Conversion & Management, Operation Management, Advance Manufacturing. Tak lupa juga pengalaman di Mercedes-Benz Production Plant tu, memang berguna balik semuanya.

3. Kononnya saya akan dihantar untuk ke kursus pendek. Setiap ursus-kursus tersebut menawarkan sekurang-kurangnya 15 credit Continuous Professional Development (CPD) untuk Board of Engineer (BEM). Saya memerlukan 50 credit CPD dan 3 tahun pengalaman kerja sebelum melayakkan diri untuk menjadi Profesional Engineer.

Jeng3x.. Masalah pun timbul. Iaitu saya masih belum lagi mendaftar untuk Graduate Engineer (BEM). Saya perlukan salinan ijazah ataupun skroll, yang saya hanya boleh dapat pada bulan 10 tahun ini.

Cuba call BEM tanya, boleh tak daftar menggunakan surat pengesahan universiti. Minta maaf tuan.. Kami akan bukak file tapi permohonan tuan tidak lengkap, dan akan diproses sebaik sahaja dapat scroll... Waaa!!! Sayang tu... Sebab kursus2 itu harganya ratus-ratus dan ribu-ribu.. Ish ish ish..


4. Di dalam kehidupan yang penuh dengan manusia-manusia yang kebanyakannya mementingkan diri sendiri, berkira, kedekut dan macam-macam, kadang-kadang kita terkejut bila melihat orang ada orang berbuat baik dan jujur Alhamdulillah. Dunia ni masih ada lagi orang-orang yang baik hati dan jujur.

Cerita pertama

Majikan saya meminta saya mengisi satu borang yang memerlukan tandatangan seorang Pesuruhjaya Sumpah. Pengalaman, koman-koman pun dengan Pesuruhjaya Sumpah ni at least RM 5 - RM20.

Pesuruhjaya sumpah : anak ni baru nak kerja ke?
Saya : yer. Berapa yer pakcik?
Pesuruhjaya sumpah : Awak baru nak kerja, tak payahla. Kerja elok-elok ye
Saya : Eh, pakcik.. Jangan macam tu.
Pesuruhjaya Sumpah : Takpe.. Kerja elok2.


Cerita Kedua

Saya dan rakan makan di food court. Kawan hulurkan duit RM 10 tiga keping. Bayar RM 20 je. Kami pun dah berundur dari counter, cashier tu terus kejar kami. Bang,bang.. Ni terlebih RM10 ni.

Sunday, February 28, 2010

Update 28/02/2010 - Salam Takziah

Dalam hidup ini, setiap hari ada sahaja bayi yang dilahirkan, dan setiap hari juga ada yang pulang menyambut seruan ilahi.

Semalam, saya dikejutkan dengan berita pemergian isteri kepada Ustaz Mokhtar Kassan Darussyifa, yang telahpun pulang ke rahmatullah. Semasa mendapat berita kematian beliau, saya seakan-akan tidak percaya. Baru saja berjumpa, malah makan malam bersama-sama ustaz dan ustazah pada hari selasa lepas. Mungkin ada hikmahnya, saya tetap bergegas kembali ke rumah ustaz walaupun dah jam 10.30 malam pada malam itu. Itulah kali terakhir saya berborak dengan ustazah.

Ustazah seorang yang sangat periang, tidak lekang dengan senyuman, sentiasa bergurau senda, dan peramah. Ustazah antara tempat saya yang saya cerita masalah dan banyak nasihat yang diterima. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga saya, ustazah sebut "Azizan, rajin awak datang. Tiap-tiap minggu ada" sambil senyum. Ustaz & Ustazah jugak couple yang sweets. Kemesraan mereka berdua jelas kelihatan. Banyak yang saya belajar daripada mereka berdua walaupun masih belum berkahwin.

Ustazah juga membantu ustaz didalam rawatan. Rasanya tidak kurang dari berbelas ribu orang beliau bantu tepuk daun nangka, dalam rawatan santau. Dalam seminggu rasanya tidak kurang dari 100 orang yang ditepuk.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan limpah kurniaNya serta menempatkan roh ustazah bersama-sama orang soleh yang lain. Al-Fatihah.

Friday, February 26, 2010

Update 27/02/2010

1. Hari ini merupakan hari sambutan Maulidurrasul. Mudah-mudahan Allah memberikanku istiqamah untukku memperbanyakkan lagi amalan-amalan sunnah. Sambutan maulidurrasul kali ini juga banyak menyedarkan diriku betapa jahilnya aku tentang sunnah-sunnah rasulullah dan sirah baginda terutama dalam melalui hidup-hidup seharian. Semoga diriku ini akan lebih banyak mempelajari, menghayati dan mengamalkan sunnahnya dalam berkeluarga, bermuamalah, bermunakahat dan sebagainya.

2. Kebelakangan ini kes masalah rumahtangga makin menjadi-menjadi. Kelmarin sahaja dalam masa sehari itu ada 3 orang bertanya mengenai cerai taklik. Alhamdulillah, pengalaman mengikut orang alim, walaupun diri sendiri masih tak berumahtangga, faham sikit-sikit masalah dan dapat memberikan nasihat yang membina, bukan membinasa.

3. Semalam sempat ke Shah Alam. Tahniah kepada Syeikhul Maqari Ust Othman Hamzah dan isteri kerana mendapat cucu pertama dalam keluarga dan selamat dalam perjalanan ke Jordan. Semoga segala urusan ustaz di Jordan dipermudahkan, dan sempat menimba ilmu-ilmu dari syeikh2 negeri Arab dan segera kembali membimbing sekalian anak murid.

4. Bulan ini banyak terlepas program-program yang menarik. Terima kasih pada abg Abror yang tak henti dan tak jemu mengajak ke program-program walaupun banyak kali mengecewakannya. InsyaAllah bulan 3 dan seterusnya saya akan cuba susun masa.

5. Bulan ini banyak duit ke arah maintenance kereta. Ingatkan hanya nak minyak hitam, oil filter, air filter, spark plug. Sekali terpaksa jugak tukar absorber, bush, dan brake pump. Takpela, walaupun banyak duit terpaksa dilaburkan, tapi kamu telah banyak berjasa. Walaupun umurmu dah melebihi 10 tahun, tapi banyak berjasa. Membawa tok guru berjalan, membantu pesakit, menumpangkan orang ke majlis zikir, membantu mereka yang kereta rosak, eksiden pun ada walaupun orang yang menumpang tu terlupa atau buat-buat lupa yang kamu pernah berjasa padanya.

6. Dan lalalala~~~ Tamat :D
Posted on by [Azizan Ramly] | 2 comments

Selamat Menyambut Maulidurrasul


Selemat menyambut Maulidurrasul kepada semua pengunjung blog ini.
Mudah-mudahan, bersempena Maulidurrasul pada tahun ini,
kita sama-sama dapat meningkatkan penghayatan kita kepada sunnah rasulullah
dan sama-sama bermujahadah dan berlumba-lumba mengamalkan sunnahnya
Posted on by [Azizan Ramly] | 1 comment

Tuesday, February 23, 2010

Update!!!

1. Alhamdulillah, kebelakangan ini nikmat yang Allah beri melimpah ruah.
Satu demi satu berita gembira yang Allah berikan. Walaupun kegembiraan itu sesuatu yang subjektif antara individu tetapi pada saya dah cukup menggembirakan..

2. Target untuk tahun ini, sedikit sebanyak ada yang dah dapat. Ada yang terlepas. Antara yang terlepas untuk jadi Sukarelawan Pertahanan Awam. .Sayangnya terlepas nak dapat peluang belajar ilmu ni.. Tp antara yang dah dapat, sijil kursus Pra Perkahwinan. :P Dengan ini saya telah bersedia untuk dipinang.. haha :P lawak je..

2. Lebih kurang 3 minggu lepas, bertemu dengan Ust Zul, mantan pensyarah Maktab Perguruan Islam. Beliau berumur lebih kurang pertengahan 50an. Di dalam kuliahnya, Ust Zul menyemak bacaan Al-Quran pelajar-pelajar secara. MasyaAllah, walaupun tak sehorror Ust Arwani Sani (guru Al-Quran saya semasa di Al-Amin dahulu) tapi saya masih tetap tak mahu di tasmi' olehnya. Hehe :P

Kenapa ? Ganas... Telinganya sangat peka. Nafas beliau pun panjang. Bayangkan surah Al-Hasyar Lau anzalna , beliau boleh mengekalkan bunyi huruf dan sifat huruf di samping menjaga nafas dan lagu.. Perghh.. Semput nak ikut.. :D


4. Batch saya merupakan batch pertama menggunakan korikulum @ buku baru. Tak banyak 5 buah sahaja.. Tapi alhamdulillah, buku tersebut sangat ringkas, sistematik dan banyak footnote@nota kaki tunjuk rujukan... Sesuai lah untuk dijadikan rujukan...


5. Ust Zul menambah, masa kami dulu, kena hafal 10 bacaan asas. Zaman kamu beruntung, tak banyk 32 bacaan asas JE!!!!!


6. Sekarang ni, perjalanan KL-Melaka agak kerap... Melaka tidaklah asing bagi saya kerana mak sebenarnya berasal dari sana. Sekarang makin kerap gi Melaka, tgk banyak rumah cantik2 dengan suasana santai.. Makanan pun besh2... Dapat tiap2 hujung minggu makan kepala ikan kat restoran Hj Isenin kat Semabuk pun besh gakl.. Hehee.. Agak2 ade potensi ke nak dapat kerja kat Melaka? Hehehe..


7. Nampaknya tahun ni ada potensi nak road tour satu Malaysia lagi.. InsyaAllah Februari Melaka, Pahang.. bulan Mac ke Kelantan, Jun ke Dungun, Terengganu.. Doa nak wat sedikit savings, nak tunaikan umrah pulak..


8. Jobs Hunting telah bermula nak masuk gear 2. Alhamdulillah, adalah satu dua nampak macam nak kena pancing. Mudah-mudahan Allah memberikan hidayah nak tunjuk yang mana yang terbaik.
Posted on by [Azizan Ramly] | 1 comment

Wednesday, February 3, 2010

Dua Minggu Berlalu..

Maaf pada pengunjung tidak ada apa yang dapat di kongsikan dalam dua minggu
Macam-macam hal dan peristiwa berlaku
Mudah-mudahan lepas ini Allah permudahkan segala urusanku.


Tidak Sihat

Minggu lepas, nak jadikan cerita,
ramailah yang tidak sihat.
Ada yang datang mintak 'air tawar' dan lain-lain.
Kebelakangan ni, semangat nak membaca kat air tu kurang. hehe..
Bukan pasal apa, sebab sekarang ni rajin menadah air yassin
jadi, kalau ada yang nak air tu, terus kasi je air yassin tu.. hehe

Nak jadikan cerita,
minggu lepas, hari isnin badan mula rasa suam-suam.
Aik, nak demam ke ni?
Ish ish ish.. Kena lawan demam ni..
Maka , semua ilmu didada pun digunakan..
Alhamdulillah, setengah jam lepas tu panas badan pun mula surut

Malam tu ada majlis bacaan yassin
jadi, tengok badan dah ok ni, gagahkan semangat baca
yeah, rupa-rupanya masa baca yassin tu la demam panas tu nak naik balik
perghh... masa tu rasa nak pitam je...
habis majlis sume, mmg rasa gayang.
terpaksalah member tolong drive balik
sampai je dekat pam stesen dekat ngan rumah, dan2 keluar
terus muntah.. Ish ish ish......

Alhamdulillah, demam tak lah lama mana..
Hari Rabu pagi dah boleh jalan pagi-pagi pergi carik nasi lemak
cuma selera makan tu kurang..
Makan apa pun rasa tawar dan pahit.
Jalan sikit pening kepala .. Huhu..
Alhamdulillah, hari Sabtu dah boleh makan Kenny Roagers.. Hehehe


Blog Ini Untuk Semua

Minggu lepas sebelum kena demam
ada seorang 'kenalan' hantar email
awal tulisannya memohon maaf jika email itu tidak dialu-alukan
beliau dapat email saya dari blog ini

Suka untuk saya nyatakan disini
blog ini ialah untuk sesiapa yang berminat untuk membacanya
yang tak minat, janganlah baca.

boleh dikatakan ada beberapa kategori pembaca di blog ini

ada yang saja-saja lalu
ada yang mengikuti untuk tujuan ukhwah
dan mcm2 lagi tujuan yang positif

tapi

ada yang melayari , tujuan nak cari kesalahan
ada yang melayari, untuk sengaja nak cari pasal
ada yang melayari, untuk buat modal menfitnah

Apa pun tujuan anda,
Allah lebih tahu tujuan dan niat anda
dan pada Allah saya berserah

saya sebagai tuan kepada pondok yang kecil ini
saya tidak menghalang sesiapa pun untuk hadir
jika ada sedikit kebaikan didalam blog ini, ambillah
jika ada yang keruh, buanglah ia
saya, dengan hati yang lapang,
mengalu-alukan kehadiran anda
mengalu-alukan komen anda
mengalu-alukan email-email anda
mudah-mudahan itulah sedikit jariah yang ada pada saya.


Wallahualam