Monday, January 4, 2010

Jurutera & Kejuruteraan

Hari ni tengah-tengah kemas fail kerjaya, terjumpa pulak transkrip peperiksaan yang lama-lama. Wah, banyak jugak subjek yang saya ambil masa belajar dulu. Tiba-tiba timbul idea untuk berkongsi bersama pembaca, apakah itu kejuruteraan?

Masa mula-mula belajar dulu, biasalah bila balik kampung, dialog dibawah seperti diulang tayang..

Pakcik : Anak belajar kat mana?
Saya : Saya kat UTP pakcik.
Pakcik : UTP tu apekebendenye?
Saya : Universiti Teknologi PETRONAS. Dekat Perak.
Pakcik : Ooo.. Susah tu masuk kat sana kan. Anak belajar apa?
Saya : Saya ambil Kejuruteraan Mekanikal.
Pakcik : Bagus, bagus... Nanti dah habis belajar nanti, bolehlah anak 'repair' kereta pakcik ye
Saya : Ha???


Bilik Kuliah Pocket C, Universiti Teknologi PETRONAS

Itulah salah faham masyarakat terhadap kejuruteraan. Mereka biasa menganggap jurutera itu seorang pomen kereta. Walaupun memang benar, jurutera belajar sedikit sebanyak mengenai kereta (yelah itu contoh yang senang nampak tiap-tiap hari) tapi sebenarnya lebih dari itu. Seorang graduan kejuruteraan belum tentu boleh overhaul sebiji enjin kereta.

Dialog diatas contoh salah-faham mengenai kejuruteraan. Mengapa perkara ini berlaku? Yelah, senang cerita, kerana kurangnya pendedahan mengenai profesion kejuruteraan. Contohnya, tengoklah drama TV. Tak kira baik melayu mahupun inggeris, ada saja drama mengenai doktor, akaun@bisnes, ustaz, guru, pensyarah, tok moh dan sebagainya, tapi boleh kata hampir tiada mengenai jurutera. BioNik takpayah la cite.. Tu sume fundamental theory pun salah. Huhu


Siri drama "Dr House"

Satu-satunya series movie yang hampir kepada kejuruteraan atau teknikal ialah The Big Bang Theory. Itupun taklah teknikal sangat, tetapi sekurang-kurangnya teori yang diutarakan betul. Tak silap, skrip drama ini disemak oleh seorang yang berkelulusan PhD didalam bidang sains.

Siri drama The Big Bang Theory

Jadi, apakah itu kejuruteraan?



Jurutera Proses (Process Engineer)

Menurut Wikipedia.com.
Kejuruteraan ialah satu disiplin, seni dan profesyen yang memerlukan aplikasi pengetahuan teknikal, saintifik dan matematik untuk mereka dan menentukan jenis bahan, struktur, mesin, alat, sisten dan proses yang selamat untuk sesuatu objektif atau penciptaan.

Menurut Lembaga Kejuruteaan Amerika Untuk Perkembangan Profesional (ABET), mendefinasikan kejuruteraan sebagai

Aplikasi kreatif keatas prinsip saintifik untuk mereka atau membentuk struktur, mesin, alatan atau proses perkilangan, atau untuk bekerja dengan menggunakan yang disebut tadi secara bersendiri atau kombinasi, atau untuk membina atau mengoperasikan yang disebut tadi dengan teliti, atau untuk meramal tindakbalas mereka didalam sesuatu situasi. Semuanya dengan tujuan fungsi tertentu, ekonomi dan keselamatan kepada kehidupan dan harta-benda.


Amendenye tu ?

Dengan kata lain, jurutera mestilah
  • mempelajari prinsip-prinsip sains yang telah diuji secara saintifik.
  • Menentukan sesuatu rekaan itu menepati prinsip-prinsip sains
  • Memastikan keselamatan sesuatu operasi atau rekaan
  • Memastikan sesuatu operasi atau rekaan itu ekonomi
  • Mengetahui undang-undang dan amalan sesuatu negara berkenaan kejuruteraan
Dengan kata mudahnya, jurutera ialah seorang yang
  • Mahir dalam prinsip-prinsip sains (fizik & kimia terutamanya)
  • Mahir dalam ilmu aplikasi sains (iaitu kejuruteraan)
  • Mahir dalam matematik
  • Mahir dalam komputer dan sistem informasi
  • Mahir dalam ilmu ekonomi
  • Mahir dalam undang-undang terutamanya Occupational Safety & Health Act (OSHA)
  • Mahir dalam Organization Behavior (Kelakuan Organisasi) dan Corporate Ethics (Etika Korporat)

Bagaimana Jurutera Bekerja?

Jurutera seorang yang sangat tersusun, sekurang-kurangnya dari segi kerja. Mereka akan bercakap sesuatu berdasarkan data dan fakta, Jika mereka mereka membuat sesuatu ramalan, ramalan itu berdasarkan hipotesis secara saintifik. Ramalan mereka bukanlah berdasarkan firasat, kata-kata orang, takut bayang-bayang sendiri dan sebagainya.

Jurutera biasanya seorang yang sangat kreatif dan kritis. Mereka selalu memandang sesuatu idea itu dari pelbagai sudut. Mereka berani mencabar idea orang lain dan sudi orang lain mencabar idea mereka. Maka pelbagai tools atau alatan digunakan untuk menguji idea mereka. Contohnya
  • Cash flow - menentukan sesuatu projek itu ekonomi atau tidak.
  • SWAT Analysis - menentukan kelebihan atau kekurang sesuatu tindakan
  • 6 Thinking Hat - teknik dalam mesyuarat untuk mengelakkan pembaziran amsa
  • Fish Bone Analysis - menganalisa sesuatu masalah
  • Process Flow - menentukan tindakan
  • Gantt Chart - memastikan sesuatu projek mengikut masa ditetapkan
  • KPI - ni bende biasa ar
  • 6 Sigma - hehe :P
  • Dan lain-lain

Jurutera juga biasanya sangat lantang dalam menyuarakan pendapat mereka. Lantang bukan bererti menepikan pandangan orang lain, atau membodohkan orang lain. Cuma memang mereka berdiri diatas fakta & data. Tanpa fakta dan andaian, ianya tidak lain tidak bukan omong-omong kosong yang tidak ada nilainya.

Tulis dalam kertas bro, apebende nye. Takat cakap-cakap takde black n white, jadi omong kosong. .(Zaid Haris, dah x besh ar tak wat project ke assignment ngan ko, best buddy dalam setiap projek haha)


Apa motif nye cite pasal kejuruteraan ni?

Mudah-mudahan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada adik-adik yang lepas SPM nak tau pasal kejuruteraan. Ehehe..


Wallahualam

6 comments:

  1. Nice entry :) Fish bone analysis & 6 thinking hats?! Tu bukak balik notes thinking skill balik la tu :P hehe.

    BioNik? haha :P I remember watching bit of drama Kapten Kit (TV3, Isnin 9pm ... siap bg tau time plak tu!haha). Anyway, citer tu punyer la tak logik - proper waste disposal system pun takde, dah la benda tu supposedly toxic waste. There was no PPE, no proper labeling, no proper transportation mechanism, etc. Klau mcm tu dah lama kene saman DOE :p No wonder malas tgk drama melayu... which kinda relates back to your point: "Kalau anda hanya reti bawa motor, janganlah ngada-ngada nak bawa kereta." Pls la at least make an effort to learn or research dulu~!

    ReplyDelete
  2. I like fish bone analysis tu...mengkaji sampai ke tulang gamaknya...wakakaka :-p~~ haha

    Pepe pun org akaun jugak beh... before project yang engineer nak buat..dia dah tahu runtuh ke tak bangunan tu...wakakaka :-D pakai brg cikai... cap ayam...hahaha

    ReplyDelete
  3. Kalau wat fishbone analysis a.k.a Ishikawa Diagram, antara faktor sebab bangunan tu runtuh, akauntan ler.. wakakka

    Nk wat cmne,.. Eh, barang ni mahal.. Beli murah je.. Wei, cut cut.. potong potong.. wakkaka

    ReplyDelete
  4. wakakaka... i love accounting...wakaka :-D

    ReplyDelete
  5. teman dulu masa belajar grafik...ada ke deme ingat belajar grafik nanti melukis kartoon kat surat kabor..adooiiii..sabor aje la

    ReplyDelete